Sabtu, 12 Februari 2011

Hari-Hariku Lalui

Assalammualaikum wrt.wbt.

Semoga semua sihat sejahtera sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah swt.
Lama tidak membelek blog....nak menulis macam-macam tetapi tiada idea dek kerana sibuk dengan urusan kerja rumahtangga....buntu terus....

Cuti yang panjang tidak bermakna saya punya ruang dan masa yang banyak menghadap blog malah penuh dengan jadual.....




01 Febuari 2011
Seharian seperti biasa mengurus rumahtangga. Petang keluar beli barangan, keperluan kerja-kerja tangan, jalan pula jam. Dalam perjalanan pulang....puteri bongsu called, "ummi balik cepat rumah kita banjir.....". Saya dan suami hairan pula macam mana boleh banjir.....

Aduhai..... sampai di rumah meluru terus masuk ke dalam......habis.......lantai ruang tamu sudah berair.....kapet dah basah....bilik di tingkat atas semua telah basah....


Alhamdullilah ruang makan tamu, bilik bawah, dapur basah dan kering lebih tinggi dari ruang tamu setinggi 1 kaki tidak digenangi air. Air masuk berpunca dari saluran di atas slab garaj yang tersumbat dek daun kering...air tidak boleh melalui saluran terus sebaliknya masuk ke saluran air di bilik mandi saya...akhirnya oleh kerana telah terlalu banyak air melimpah terus masuk ke bilik-bilik tingkat atas dan ruang tamu tingkat bawah....

Ya Allah, tuhan aje yang tahu rasa kacau di hati saya.....jam dah jam 7.00ptg....sebentar lagi akan maghrib....kelas Iqra jam 8.00.....Kerja membersih tidak akan siap dalam masa sejam....perut pulak sudah berbunyi maklum saje jadual makan malam jam 6.30ptg.....

Operasi membersih diketuai oleh suami dan puteri sulung (baru balik asrama....nasiblah ada) di tingkat atas.....yang bongsu bersama saya di tingkat bawah. Difikiran saya kelas Iqra akan saya teruskan....pelajar diletakkan di ruang makan tamu....eh..eh....kemudiannya saya batalkan, terpaksalah buat sms pada semua ibubapa pelajar.....ruang tamu memang berkecah.....saya sempat gulung karpet je....berhenti solat....terus ke dapur siapkan hidangan makan malam....
perut diberi santapan dahulu....

Tingkat atas telah diberesi dan tingkat bawah telah suami saya vacum air yang ada tu.....lepas makan suami ke masjid dan ada mesyuarat, saya solat....seterusnya bermula kerja saya mengemop.....dah mula mengemop, saya pun moplah semua lantai di tingkat bawah....tercabut tulang rusuk saya rasakkan.....

Akhirnya saya pun meminta suami saya tutup je lubang saluran tu....selesai masalah.




02 Febuari 2011

Kerja harian saya bertambah.....mesin basuh dengan setia memerah kain, kering......masuk kain lain...penuhlah kain2 di ampaian dan tikar di atas pagar....karpet belum ada daya lagi ....itu kerja suami pula....

Petang sibuk pula nak sediakan makanan nak buat bekalan ziarah ke rumah bapa dan mak saudara esok. Saya dan adik liza berpakat hendak ziarah semua adikberdadik bonda kami serta ziarah pusara esok.

Saya kena sediakan kuah kacang dan buat sikit kuih, adik liza buat nasi impit.

Malam sewaktu kelas Iqra semua pelajar ingat saya mengemas rumah....licin je lantai tak berkapet.....





3 Febuari 2011

Pagi-pagi sambil masak called bonda ucap selamat hari ulangtahun yang ke 70thn.
Jadual ziarah ada perubahan, pak uda (satu-satunya adik lelaki bonda) ke Ipoh, Ucu (adik bongsu bonda) balik kampung. Akhirnya jadual ditetapkan akan ke rumah mak andak dan rumah besan bonda serta ziarah pusara.

Seusai solat saya dan keluarga menghala ke tol batu 3... Liza dan keluarga dah tiba dahulu. Kami konvoi menuju detinasi yang di jadual....

Selesai ziarah mak andak..... kami ke pusara enchek (kakak bonda) di puchong.






Akhirnya kami ke pusara ayahanda tersayang allahyarham Haji Mahmood b Mat Dahan di Seksyen 21 Shah Alam.






04 Febuari 2011

Seusai subuh saya menyediakan sarapan sambil membasuh pakaian. Sekembali suami dari masjid kami sarapan. Puteri sulung saya demam (semalam dah mula demam). Setelah mengemas meja makan saya menyidai baju dan suami terus membasuh karpet.....dah berhari tersadai kat luar rumah.....mak ooii beratnya bila saya tolong sidai ke ampaian....

Kami bila dah duduk di luar rumah selalu sampai ke tengahari....mengerjakan pokok2, cantas sana, buang situ, ubah kiri, letak kanan......tapi kalau suami saya mencantas paling saya bimbang sebab nanti gondol pokok jadinya (ada beberapa pokok tu suami saya tak usik dia tahu pokok tu mesti ikut fesyen saya).....hari ni banyak juga pokok yang terpaksa dibuang dan trim pokok di luar pagar....guna gunting, guna parang cincang, guna parang panjang.......

Sedang saya mencantas-cantas tu (11.30) ada panggilan telefon.....oh, kak liza sek 24....ajak pergi rumah kak Ramlah di Sek 28...Lepas bincang dengan suami.....setuju, suami masing2 Jumaat di Munawarrah....
ok....aksi seterusnya, saya masuk ke dapur..... ikan tadi dah keluarkan dari freg, bersihkan letak garam.....masuk dalam oven... kira pangganglah.... masak nasi..... goreng belacan kangkung (alhamdulilllah kangkung dah siap siang bersih dari semalam)......buat air asam...

Masuk bilik....gosok pakaian suami dan jubah sendiri.....mandi. Siapkan hidangan.....makan, kami terus keluar (12.40)...... 2 puteri tinggal di rumah..

Cerita di rumah Kak Ramlah tak saya kongsikan.....perkara biasa, perjumpaan sahabat.

Dari rumah kak Ramlah saya terus ke Az-Zain beli keperluan dapur dan bahan untuk majlis hari lahir bonda esok.

Dalam perjalanan dapat panggilan dari Pn Ruziah menempah 2 kek untuk harikelahiran dan ulangtahun perkahwinan, esok pagi nak.....

Sampai di rumah terus buat dua biji kek......

Lewat petang hubungi puteri di madrasah.....maklumkan besok ambil dia, tanya nak makan apa....ringkas je permintaanya..... nasi goreng.

Malamnya tentu sibuk dengan kek....masak nasi, rendam pulut dan sediakan bahan untuk masak pagi esok.


Hasilnya...










05 Febuari 2011

Awal pagi masak nasi goreng, goreng ikan gelama (puteri kedua suka). Buat Air, lepas subuh bersarapan..... Buat ais limau nipis, siap semua bekalan....masukkan dalam kereta.

Perlu singgah ke bandar Nusarhu menghantar beberapa barangan untuk masakan majlis malam nanti. Pemanduan di teruskan...singgah di Pekan Kapar menghantar kek tempahan Pn ruziah. Perjalanan diteruskan ke Sg. Besar.....ambil puteri.....makan bersama bekalan di tempat biasa Masjid Tebuk Mufrat.

Selesai makan singgah sekejap di Pekan Sg. Besar....beli kain buat hadiah bonda.

Solat di Masjid Sg. Besar.
Usai solat teruskan perjalanan kembali ke Shah Alam.
Sampai di Shah Alam singgah pasar raya NSK beli sayur.

Tiba di rumah jam 5.30ptg. Saya mandi dan terus ke dapur. (badan macam nak demam je).
Pertamanya kukus pulut seterusnya masak mee goreng dan panas kuah kacang.
Pulut siap masak......menghiaskannya pula.(bincang dgn Liza....asyik kek aje, buat potong pulut kuning pulaklah..)


Hasilnya...






Usai solat Isyak, kami bertolak ke rumah Liza, sambut hari lahir bonda di situ. Ok Liza dah siap dengan pizzanya......








BONDA DI USIA 70 TAHUN






Kami pulang ke rumah jam 1.00 pagi. Tiada apa yang boleh dibuat lagi badan dah tidak bermaya melainkan gosok gigi dan terus tidur.....







06 Febuari 2011

Pagi-pagi dah menjengah ke dapur, membasuh pakaian dan memasak. Sarapan pagi pizza dan mee goreng.
Menu tengahari ini dari puteri kedua A,isyah. Ayam masak merah, ikan gelama goreng, sayur campur berudang.

Suami saya sibuk melayan orang menutup lubang saluran yang mengakibatkan rumah banjir.......
Harap tidak timbul masalah lagi......

Selepas solat...makan tengahari.
Jam 3.30ptg bertolak ke Sg.Besar menghantar semula puteri ke Madrasah.
Puteri sulung masih demam jadi hari ni tak balik ke asrama.

Singgah Asar di Masjid Assam Jawa.
Singgah Maghrib di Masjid Tebuk Mufrat.
Hantar puteri ke asrama selepas Maghrib.
Suami memandu pulang.....jam sedikit.
Sampai rumah jam 2.00pagi. Saya dah rasa seram sejuk...demamlah nanti....



07 - 12 Febuari 2011

Saya tidak aktif, saya benar-benar demam kuat.

Jauh di sudut hati saya tetap merasakan kepadatan masa dan kepenatan hilang lebur bila semua mencapai seperti yang dimatlamatkan. Saya bersyukur, berulang aliknya saya ke Sg. Besar akhirnya saya dan suami melunaskan tanggungjawab dan puteri kami mendapat pendidikan. Alhamdulillah puteri sulung telah tamat tingkatan 5, kini sedang buat STAM di SAMTAJ Seksyen 11 Shah Alam sementara puteri yang kedua telah pun menamatkan hafizahnya pada 31 Disember 2010 dan kini sedang buat Syahadah. Syukur Ya Allah.... atas nikmatMu.




4 ulasan:

  1. Tu la kan...

    Allah tdk akan berhenti memberikan ujian & menganugerahkan rezeki buat kita.

    Sabo je la... banjir tu satu signal suruh exercise idak gitu? theheheheeee...

    Eh, kek yg tertera keluarga 69 tu mcm cerita P. Ramlee la pulak ye...

    BalasPadam
  2. Salam.....za,

    Itulah..ada aje nak jadi cerita..adale hikmahnya.

    Yeelee...ros pun perasan...kata benda yg serupa pada penempah kek tu, sememangnya kebetulan...
    rumah arwah maknya (tempat berlangsungnya majlis) bernombor 69....alkisahnya..

    BalasPadam
  3. salam... Ros dah sihat ke? Sibuk, sibuk gak tapi kesihatan jangan dilupakan...

    BalasPadam
  4. wa'laikummusalam....ina,
    demam agak reda tapi batuk kemain kuat. tkasih ingatan tu...ina pun take care, di negara orang tu cuaca beza sangat dari Malaysia. Harap dapat suai diri.

    BalasPadam