Khamis, 20 Januari 2011

Teruskan Kehidupan




Assalammualaikum wrt. wbt…

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhamamad saw.

Lama sudah jari tidak menari, bicara sepi di lubuk hati. Banyak perkara mengengkang tidak dapat melawani keutamaan menuntut diberesi satu persatu. Ada juga perkara yang tidak dapat dilakukan atas kecuaian dan kelemahan diri. Usaha yang kita lakukan tetap tersasar dari perancangan atas takdir yang perlu diakui bahawa segala perlaksanaan Allah Maha mengatasi segalanya. Justeru itu apalagi yang boleh kita lakukan melainkan terus menjalani kehidupan dengan segala baik perancangan seterusnya pasrah atas kegagalan dan syukuri atas setiap kejayaan. InsyaAllah.

Saat berdetik…masa ditinggalkan…tahun bertambah…

Tegar mengerjar walau payah
Teruji jatuh bangun patah dipapah
Terus kumelangkah walau selangkah
Dalam gelita kuterus tabah
Walau cedera sakit tak kuendah
Kupasrah gagal kutakkisah
Usaha dan tekad terus kutambah
Mimpi ngeri…kan menjadi indah
Kejayayaan kan tetap berbuah
Kumenyerah hanya padaMu Allah
Hanya kau yang mempermudah


Pemberianmu penuh hikmah
Berokhah tak mampu kuterjemah
Kubersimpuh terus bermuhasabah
Hidup dan matiku hanya keranaMu Ya Allah.




Semalam takkan berulang…sejarah takkan berubah, mari kita terus melangkah terus mencari keberkatan Allah.

Walau terlambat saya ucapkan selamat membuka lembaran baru 2011 semoga kita terus di bawah perlindungan dan rahmat Allah swt.




2 ulasan:

  1. salam ukhwah dr saya...nice blog...saya follow yer:)

    BalasPadam
  2. Salam ukhuwah moga Allah memberkati silaturrahim ini. Terimaksih nieza sudi follow blog ni...mudah2an ia memberi manfaat.

    BalasPadam