Jumaat, 22 Februari 2013

Tunggu Hari Je...






Assalammualaikum wrt wbt..
sesekali berbicara...





Umpama Ibu megandung...
takkan boleh ditahan-tahan..
sampai masa bersalinlah..










PRU 13
pun dah nak cukup masa..
dah memang nak cukup harinya...
tak boleh juga tangguh-tangguh...

Tunggu Hari Je....








~ tuntutan kepada muslim adalah menegakkan daulah islamiyyah ~






Isnin, 18 Februari 2013

Masih Ada...





Abah….
Enam tahun yang lalu….
Di  pagi-pagi begini abah sedang disiapkan….
Bersiap untuk dikembalikan kepada yang HAQ…

Abah….
Abah terus bersemadi aman di pusara…
Namun abah sentiasa bertamu di mata…
Masih beraja di hati…
Masih ada...




Pusara mengamit rindu
Al- Fatihah







~ rinduku panjang tidak bernoktah ~





Selasa, 12 Februari 2013

Awalan 2013





Assalammualaikum wrt. wbt.

2013 telah memasuki pertengahan bulan febuari.

Lama sepi dalam urusan rumahtangga yang tiada penghujung.




19 - 20 Januari




Puteri saya Nur A'isyah menyertai Majlis Saringan
Menghafaz A-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 


Menghafaz kategori 1 hingga 20 Juzuk. 





5 - 6 Febuari

 Layak masuk ke Majlis Menghafaz Al-Quran


 Alhamdulillah...walaupun demam, batuk dan sakit tekak (suara pun serak)


Puteri saya menduduki tempat ketiga
Kategori 1 hingga 20 Juzuk
Peringkat Wilayah Persekutuan.



Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan diadakan di 
Masjid Saidina Umar Al-Khatab Bukit Damansara.
 Peserta termasuk Wilayah Labuan dengan 3 kategori : 
1. Hafazan 1hingga 10 Juzuk (Lelaki dan Perempuan)
2. Hafazan 1 hingga 20 Juzuk (Lelaki dan Perempuan)
3. Hafazan 1 hingga 30 Juzuk (Lelaki dan Perempuan)

Johan bagi setiap kategori akan mewakili Wilayah Persekutuan dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang pada 4 hingga 8 Mac 2013.

Bahagianya melihat Hafiz dan Hafizah membaca ayat-ayat suci Al-Quran. 
Moga mereka dipermudahkan oleh Allah SWT untuk terus mengingati
 dan meningkatkan pembacaan Al-Quran.