Jumaat, 28 Jun 2013

BISKUT : buat atau beli....



Hari ni nak cerita pasal biskut...
Syaaban nak berakhir..Ramadhan akan membuka tirai...Syawal menjelang tiba..
ibu-ibu dah kira bajet..persiapan hari raya..
antara perkara utama..juadah raya..biskut..nak buat atau nak beli..
anak-anak di perantauan pun tak pernah lupa...buah tangan untuk bonda..
biasanya berbalang-balang biskut dibeli untuk keluarga tersayang..tetamu yg datang..

pada yang merancang membuat biskut...teruskan..
pada yang mahu membeli yang siap berbalang...silalah lihat biskut-biskut ini..


Chocolate Chip
RM22.00




Nestum Cho'
RM24.00




Tart Nenas
RM25.00





Roses ~ chocolate
RM30.00




emm....
jika ada yang sudi..boleh buat order dulu...
hubungi : 013-5078508




Terima kasih atas perhatian...






Sabtu, 22 Jun 2013

Masuk Syurga Kerana Berkata Benar






Anas bin Malik berkata, ketika kami duduk bersama Nabi SAW, Baginda bersabda :"Akan muncul kepada kalian seorang lelaki penghuni syurga", lalu muncul seorang laki-laki Ansar yang janggutnya masih bertitisan air sisa wuduk,sambil menggantungkan selipar di tangan kirinya.

Esok harinya Nabi SAW bersabda seperti itu juga, lalu muncul laki-laki itu lagi seperti yang pertama, dan pada hari ketiga Nabi SAW bersabda seperti itu juga dan muncul lelaki itu kembali seperti keadaaan dia yang pertama.  Ketika Nabi SAW berdiri, Abdullah bin Amru bin al-Ash mengikuti lelaki itu dengan berkata:  "Kawan, sebenarnya saya bertengkar dengan ayahku dan bersumpah untuk tidak menemuinya selama tiga hari, jika boleh, izinkan saya tinggal di tempatmu hingga tiga malam. "Tentu." jawab lelaki tersebut.

Anas bin Malik berkata, Abdullah bercerita: "Aku tinggal bersama lelaki tersebut itu selama tiga malam, tidak pernah aku melihatnya mengerjakan solat malam, dia hanya bangun dari tempat tidurnya, berzikir kepada ALLAH dan bertadbir sehinggalah dia mendirikan solat fajar, selain itu juga saya tidak pernah mendengar dia berkata kecuali yang baik-baik sahaja.

Berlalulah tiga malam dan saya menganggap amalannya biasa, saya berkata : "Wahai kawan sebenarnya antara saya dan ayahku sama sekali tidak aa pergaduhan, akan tetapi saya mendengar Rasulullah SAW bersabda mengenaimu tiga kali :"Akan muncul pada kalian seorang lelaki penghuni syurga." Lalu kamulah muncul tiga kali, maka saya ingin tinggal bersamamu agar dapat melihat apa sahaja yang kamu kerjakan hingga saya dapat mengikutinya, namun saya tidak pernah melihatmu mengerjakan amalan yang banyak, lalu amalan apa yang membuat Rasulullah SAW sampai mengatakan engkau ahli syurga?"

Lelaki itu menjawab: "Tidak ada amalan yang saya kerjakan melainkan seperti apa yang telah kamu lihat", maka tatkala aku berpaling, lelaki itu memanggilku dan berkata: "Saya tidak pernah rasa ingin menipu terhadap siapa pun dari kaum Muslimin, dan saya juga tidak pernah merasa iri hati kepada seseorang akan kebaikkan yang dikurniakan Allah kepada dia." Maka Abdullah berkata: "Inilah amalan yang menjadikanmu sampai pada darjat yang tidak boleh kami lakukan." 
(Sumber dari akhbar Sinar Harian)




Islam itu indah, Islam itu mudah...mudahnya masuk ke syurga...


Selasa, 11 Jun 2013

Kuatnya Iman





     Kedengaran pancuran air di bilik mandi, tidak lama kemudian kelihatan seorang pemuda bersiap-siap menyahut panggilan azan Subuh. Usai berpakaian dan berwuduk berjalanlah dia menuju rumah Allah SWT.
    
 Tiba-tiba dia terjatuh sehingga pakaiannya comot.  Lantas dia bangkit dan kembali semula ke rumahnya.  Selepas menukarkan baju dan berwuduk lagi, lalu meneruskan perjalanan ke masjid.

     Malang tidak berbau, di kembali jatuh di tempat yang sama.  Cepat-cepat dia bangkitdan kembali ke rumah demi menukar pakaian yang lain.  Dia mengambil air wuduk yang baru buat kali kedua.
    
     Setengah perjalanan menuju ke masjid, dia bertemu dengan seorang lelaki tua memegang lampu.  Pemuda itu menegur orang tua itu.   Si tua itu memulakan bicara, "saya lihat kamu sudah dua kali jatuh ketika menuju masjid dan kerana itu saya membawakan lampu supaya dapat menerangi perjalanan kamu."

     Pemuda itu terkejut dan dengan segaris senyuman dia mengucapkan terimakasih atas keprihatinan si tua itu.  Sampailah mereka berdua di masjid, pemuda itu mengajak si tua untuk bersolat bersamanya.  Lelaki tua itu menolak, namun si pemuda itu mengajak lagi buat kali kedua,si tua tetap memberikan jawapan yang sama.

     Akhirnya orang tua itu mengaku dia adalah syaitan yang direjam.  Sungguh terkejut pemuda itu.  Syaitan kemudian menjelaskan, "Aku melihat kamu berjalan ke masjid, akulah yang membuat kamu terjatuh.  Ketika kamu pulang ke rumah membersihkan badan dan kembali ke masjid, tanpa kamu ketahui ALLAH SWT telah memaafkan semua dosamu.

     "Tanpa berputus asa aku membuatmu jatuh kedua kalinya dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu memutuskan untuk kembali ke masjid. Dan kerana itu ALLAH SWT telah memaafkan dosa-dosa seluruh ahli keluargamu.  Aku tidak meneruskan perbuatanku kerana khuatir ALLAH SWT akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk kampungmu.  Jadi kerana itulah aku perlu memastikan kamu sampai di masjid dengan selamatnya," ucap si iblis lagi.




sumber : dari akhbar Sinar Harian