Suatu ketika apabila Nabi Muhammad s.a.w kembali ke rumahnya dari perniagaan ke Syam, khadam Siti Khadijah yang bernama Maisarah yang telah ikut menemani Nabi Muhammad s.a.w ke sana telah terlebih dahulu menemui puannya. Maisarah telah menceritakan tentang kebaikan sifat Nabi Muhammad s.a.w, ketinggian akhlaknya, kecekapannya, kecerdasan akalnya, kelemah-lembutanya, yang semua itu telah menyebabkan perniagaan Siti Khadijah mendapat keuntungan yang besar yang berlipat ganda. Keuntungan yang dicapainya itu sungguh luar biasa sekali.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w tiba sahaja di rumah Siti Khadijah untuk melaporkan keadaan perniagaan itu dengan mukanya yang manis bercahaya dan peribadinya yang sangat mulia, Siti Khadijah datang segera untuk menyambutnya serta mengalu-alukannya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesantunan. Ketika mata mereka bertemu, Nabi Muhammad s.a.w menundukkan pandangannya dengan penuh hormat.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w tiba sahaja di rumah Siti Khadijah untuk melaporkan keadaan perniagaan itu dengan mukanya yang manis bercahaya dan peribadinya yang sangat mulia, Siti Khadijah datang segera untuk menyambutnya serta mengalu-alukannya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesantunan. Ketika mata mereka bertemu, Nabi Muhammad s.a.w menundukkan pandangannya dengan penuh hormat.
Sebaik-baik sahaja pemuda yang bernama Muhammad itu beredar dari rumahnya, Siti Khadijah terasa di dalam dirinya semacam perasaan yang belum pernah dia merasakan seumpama itu sebelumnya sejak sekian lama. Dia lalu bertanya ke dalam dirinya, apakah masih boleh lagi ia memulakan hidup barunya? Apabila dia meneliti semula semua perasaan itu, dia merasa serba salah dan bimbang sekali. Dia masih belum tahu apakah pemuda kacak ini yang telah menolak ramai perawan-perawan Makkah dan jelitawan-jelitawan suku Bani Hasyim, yang usianya masih muda hanya 25 tahun akan menerimanya pula sedang dia sudah menjangkau usia 40 tahun. Kalaulah ibu Muhammad iaitu Aminah masih lagi hidup nescaya usia ibunya itu masih belum lebih dari usianya sendiri.
Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai adalah dari golongan pembesar Makkah. Ada riwayat yang mengatakan bahawa dia telah dilahirkan pada tahun 68 sebelum Hijrah iaitu 15 tahun sebelum Tahun Gajah. Tahun Gajah itu ialah tahun kelahiran Rasulullah saw. Ini bermakna beza antara usia Siti Khadijah dan Rasulullah s.a.w adalah 15 tahun. Perbezaan usia yang begitu jauh menjadi kebimbangan Siti Khadijah.
Siti Khadijah telah berkahwin sebanyak dua kali.
Suaminya yang pertama ialah Atiq bin A'idz bin Abdullah Al-Makhzumi. Dia telah meninggal dunia dan mereka mempunyai seorang puteri yang sudah cukup umur untuk berkahwin. Suaminya yang kedua ialah Abu Halah bin Zurarah. Dia juga telah menginggal dunia dan mereka mempunyai seorang putera iaitu Hind bin Abu Halah. Sesudah itu Siti Khadijah menutup pintu hatinya dari berkahwin lagi meskipun ramai pembesar-pembesar Makkah telah datang melamarnya. Tetapi kini dia mendapati persaannya begitu terharu dan fikirannya terlalu risau tidak menentu. Dengan usaha orang tengah iaitu Nafisah binti Munyah, Siti Khadijah telah meminang Rasulullah s.a.w menerusi bapa saudaranya yang bernama Abu Talib. Peminangan Siti Khadijah telah diterima oleh Rasulullah s.a.w.
Akhirnya Siti Khadijah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.
Perkahwinan itu disambut dengan upacara yang luar biasa, di mana ramai pembesar-pembesar Makkah telah turut menghadirinya.
Perkahwinan Siti Khadijah dan Nabi Muhammad s.a.w telah membuka gerbang baru dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Perubahan ini telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan dan perutusannya sebagai Nabi dan Rasul.
Siti Khadijah r.a sebagai Ummul Mu'minin yang pertama mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri berbeza dari sekalian isteri-isteri Nabi yang lain. Keistimewaan Siti Khadijah r.a itu penting dan menonjol sekali. Dia adalah seorang wanita yang jelitawan, mempunyai harta kekayaan dan tergolong antara orang-orang yang ternama di Makkah. Keturunannya mulia. Dari sebelah ayahnya berakhir kepada Qushai manakala dari sebelah ibunya yang bernama Fatimah, bersambung kepada Zaidah bin Al-Asham bin Harm bin Rawahah.
Siti Khadijah r.a telah memberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang muda itu pertimbangan belas kasihan, kemasyarakatan, ketenangan, kekeluargaan dan kewangan yang banyak membantunya untuk mendalami pemikiran dan renungannya di dalam hidup bersama.
Siti Khadijah telah melahirkan anak bersama Rasulullah s.a.w seramai enam orang. Nabi Muhammad s.a.w tidak memperolehi anak melalui perkahwinan yang terkemudian. Siti Khadijah r.a telah menanggung berbagai penderitaan bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam penyeruannya kepada Islam. Dia juga telah merasakan kepiluan bersam-sama Rasulullah s.a.w ketika menghadapi kewafatan dua orang anak lelakinya yang bernama Al-Qasim dan Abdullah. Empat orang puterinya ialah Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kaltsum dan Fatimah, radhiallahu-anhunna.
Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w bertapa di dalam gua Hira', tenggelam dalam pemikiran dan merenung segala rahsia-rahsia alam yang halus, maka turunlah wahyu ke atasnya pada malam Lailatul-Qadr membawa perutusan kenabian kepadanya. Dia takut dan menggeletar lalu lari penuh terharu dan bimbang meninggalkan gua itu ke rumah.
Apabila sampai sahaja di rumah, Siti Khadijah menyambutnya dengan penuh kahairanan. keadaan Nabi Muhammad s.a.w hari itu lain sekali tidak seperti kebiasaannya. Badannya bergoncang dan suaranya terputus-putus ketika dia menceritakan kejadian yang dialaminya. Siti Khadijah berperanan dengan penuh belas kasihan, merangkul Rasulullah s.a.w seperti seorang ibu merangkul anaknya, penuh kasih sayang. Siti Khadijah r.a lalu berkata kepada Rasulullah s.a.w :
"Allah akan memeliharamu, wahai bapak Al-Qasim! Gembiralah wahai anak paman dan tetapkanlah dirimu! Demi jiwa Khadijah yang ada dalam genggamanNya, saya berharap engkau akan menjadi Nabi umat ini......"
Takkala kata-kata itu sampai ke dalam telinganya, Rasulullah s.a.w merasa aman, tenang dan penuh kepercayaan kepada dirinya. Batinnya mula tenteram dan kebimbangan yang mengelubungi kalbunya pun hilang dengan serta-merta.
Siti Khadijah r.a lalu menasihatinya supaya berehat dan tidur. Kemudian Siti Khadijah menuju ke rumah sepupunya Waraqah bin Naufal. Waraqah sudah lama meninggalkan agama wasani dan kini memeluk Agama Masihi. Dia adalah seorang tua yang terhormat dan telah banyak membaca buku-buku agama tua. Sebaik-baik sahaja dia mendengar apa yang diceritakan oleh Siti Khadijah tentang peristiwa yang berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w itu, dia kelihatan bergoncang dan bingkas bangun seraya mengangkat suaranya dengan bersemangat :
"Quddus.....Quddus......! Demi jiwa Waraqah yang ada didalam genggamanNya, andaikata apa yang kau ceritakan padaku ini benar, maka yang datang kepada Muhammad itu ialah Namus Agung (Jibril) yang pernah datang kepada Musa dan Isa. Sesungguhnya dia ini adalah Nabi umat ini......Beritahulah kepadanya supaya bertenang dan tetapkan hati!"
Sejak detik yang mulia lagi diberkati itu, berakhirlah peringkat pertama dari kehidupan Nabi Muhammad s.a.w dengan Siti Khadijah r.a. Kini peringkat keduanya bermula iaitu peringkat kehidupan di mana Siti Khadijah r.a menjadi seorang Mu'minah yang pertama.
Di dalam sejarah Islam Siti Khadijah r.a adalah orang yang pertama beriman dengan seruan Nabi Muhammad s.a.w. Dia telah mendampingkan diri ke dalam peringkat-peringkat dakwah tahap demi tahap. Dia juga membantu menyokong Nabi Muhammad s.a.w dalam segala lapangan. Dia menanggung segala penderitaan hidup dan penekanan kaumnya bersama nabi Muhammad s.a.w. Dia sanggup meninggalkan rumahnya dan berada bersama-sama nabi Muhammad s.a.w ketika kaum Muslimin diboikot dan disingkirkan dari kaum Quraisy di Syi'ib Abu Talib selama tiga tahun, menderita segala kepayahan dan kesusahan. Dia tetap dalam keadaan hati yang penuh iman, sabar dan teguh, sehinggalah Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w meninggal dunia.
Dengan tiba-tiba Siti Khadijah r.a jatuh sakit.
Kesedihan atas pemergian Abu Talib masih belum hilang lagi dalam sanubari Nabi Muhammad s.a.w. kini bertambah pilu atas musibah yang menimpa Siti Khadijah r.a. Siti Khadijah terpaksa menetap dipembaringannya. Kesakitannya kelihatan tidak akan sembuh dan masanya kelihatan akan habis dan akan meninggalkan Nabi Muhammad s.a.wa Namun begitu Nabi Muhammad s.a.w tetap barada disisinya, menjaganya, mengembirakan hatinya hinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu tiga hari selepas dia jatuh sakit. Siti Khadijah r.a pergi dalam keadaan yang tenang dan tenteram. Dihadapannya suaminya dan kekasihnya sedang menunggu iaitu Nabi Muhammad s.a.w, yang telah ia beriman dengannya, menganut perutusannya dan membantunya hingga ke akhir nafas hayatnya.
Siti Khadijah r.a telah hidup bersama-sama Rasulullah s.a.w yang mulia itu selama 24 tahun. Di sepanjang masa itu, Siti Khadijah r.a tetap menjadi suri rumahtangga dan kekal menjadi isteri yang satu-satunya kepada Rasulullah s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w tidak berkahwin lagi melainkan sesudah Siti Khadijah r.a wafat pada usia 64 tahun dan 6 bulan.
Apabila Siti Khadijah r.a wafat, Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengangkatnya dengan tangannya yang mulia dan meletakkannya ke dalam liang lahad.
Setelah wafatnya Siti Khadijah r.a Ummul Mu'minin yang pertama bermulalah peringkat baru dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Kaum Quraisy sudah tidak ada orang yang akan disegani lagi sesudah kewafatan Abu Talib dan Siti Khadijah. Maka orang Makkah semakin buas menimpakan kesusahan dan penganiayaan ke atas Muslimin. Kaum Muslimin mula mencari tempat keamanan. Ada yang berhijrah ke Habasyah (Etiopia) dan ada pula ke Yatsrib (Madinah).
Masa berlalu dengan cepat namun nama Siti Khadijah r.a dan kenang-kenangannya tetap hidup suci dalam fikiran Rasulullah s.a.w. Nama Siti Khadijah r.a. sering disebut-sebut sehingga Siti Aisyah r.a pernah berkata :
"Ah asyik Khadijah......Khadijah saja yang disebutnya. Seolah-olah di dunia ini tidak ada perempuan lain selain Khadijah saja......!"
Siti Aisyah r.a memang patut cemburu terhadap Siti Khadijah r.a meskipun telah lama meninggal dunia namun Rasulullah s.a.w tidak pernah melupainya selama hayat dikandung badan. Sebagai Ummul Mu'minin, dia telah banyak berkorban terhadap Rasulullah sa.w dalam semua lapang kehidupannya terutama sekali pengorbanannya terhadap penyebaran Islam yang memang terlalu besar sekali. Siti Khadijah r.a adalah tempat Rasulullah s.a.w meringankan segala penderitaanya juga sebagai tempat pengaduan nasib dari segala kerusingan hidup yang dihadapinya setiap hari dari kaumnya.
Justeru itu, ramai pengkaji sejarah merumuskan bahawa perkahwinan Rasulullah s.a.w dengan seorang isteri yang berusia lebih tua dari baginda dan telah menjadi dua kali janda mengandungi hikmah yang tersembunyi. Sekiranya baginda s.a.w beristeri dengan yang lebih muda mungkin isteri itu tidak mampu menanggung seperti hal-hal yang ditanggung oleh Siti Khadijah binti Khuwailid. Pengalaman dan kesabaran seorang wanita yang lebih umurnya itu tentu sekali telah banyak menolong Siti Khadijah r.a sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w di dalam keadaan masa yang serba rumit penuh dengan masalah itu.
Moga Allah SWT akan membalas segala kebaikannya, merahmatinya dan meredhainya. Amin.
Assalammualaikum..tq sharing kak..:)
BalasPadamWa'laikummusalam..Nieza,
BalasPadamSirah suatu pelajaran. Mudah2an ia memberi inspirasi bagi kita, InsyaAllah.
Assalamu'alaikum..syukran ats p'kongsian.. ana mohon share ya! ingin dikongsi b'sama sahabat2 dalam halaqah nanti.. Jazakillahu khairan katheera.. :)
BalasPadamWaalaikummusalam wrt wbt
BalasPadamMaaf ana, ummi terlalu lama tidak meninjau-ninjau entri yang terdahulu. Terimakasih atas kunjungan dan kesudian untuk berkongsi sama entri ini bersama sahabat di laman halaqah yang mewarna unggu... silakan, apa sahaja yang boleh memberi manfaat kongsikanlah..
Salam ukhuwah.
salam. terima kasih kak diatas perkongsiaan ilmu ini..:)
BalasPadamSalam...saya kongsi ye..
BalasPadam