Jumaat, 28 Disember 2012

Penghulu Hari..








Jumaat
Hari ini Jumaat..
Jumaat hari ini...Jumaat terakhir tahun 2012
Namun Jumaat terus menjelma diri 
Tanpa henti hingga suatu hari..
Kiamat..hari yang digeruni.










Sabtu, 22 Disember 2012

Kek Perkahwinan




Kek dua tingkat berlainan rasa.....

Kek Coklat









Kek Karet





untuk lihat lebih banyak gambar klik sini






Sabtu, 15 Disember 2012

Hak Pencipta...




gambar ambilan google


Assalammualaikum wrt. wbt..

Saya telah berkata pada hati kecil ni...dah buat blog, mengapa dibiar berlama-lamaan dan janji pula pada diri...tulislah sesuatu walau seminggu sekali. Itu monolog sendirian.

Sebenarnya memang saya tak mampu hendak berkongsi bicara hari-hari.  Saya pasti itu pasti tidak mungkin. Untuk seminggu sekali pun saya dah cuba usaha masih tidak dapat disiplinkan diri.  Jadinya saya buat apa yang mampu saya buat...

Sebut perihal mampu atau keupayaan...sebagai manusia kita mempunyai kemampuan namun tidak sehebat sang Pencipta.  Kita berkeupayaan namun tidak setanding keupayaan Sang Pencipta.  Kita ada kuasa namun   kuasa mutlak hanya hak Sang Pencipta.  Siapalah kita...kita berada dalam genggaman Sang Pencipta, Allah SWT.

"Maha Suci Allah yang ditanganNya segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu" 
(Al-Mulk ~ 1)


Allah SWT menyuruh hambanya berusaha, berdoa dan bertawakal kerana ia membantu dan kemungkinan dapat merubah qada' yang tertulis buat kita sebelum qadar Allah SWT. 

"...Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."  
(Ali-Imran ~ 159)


"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu..." 
(Al-Baqaarah ~ 186)


“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
(Ar-Ra’du:11)


Namun untuk satu perkara, tidak mungkin dapat kita ubah dan Allah SWT tidak mempercepat atau melambatkannya....MATI

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." 
(Al-Ankabut ~ 57)


"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan"  
(Al-Waaqi'ah ~ 60)


MATI itu pasti, rahsia Allah tidak kita ketahui..

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."                                                                                                                         
(Luqman ~ 34)






gambar ambilan google


Sahabat..pembaca budiman,
Jumaat minggu lepas, 7hb Disember 2012...saya menghadiri, ziarah keluarga saya meninggal...
Selepas solat Jumaat saya dan keluarga bertolak ke Puchong untuk menziarahi dan sertai pengembumian alahyarham Mohd Fatullah Razak Bin Mohd Nazeri (42thn), terasa sangat sedih di hati saya...seperti menerima kematian arwah adik saya tempoh hari (alahyarham Haji Ahmad Azizul Bin Haji Mahmood)...sememangnya mereka sangat rapat, saya sendiri bersama alahyarham mengaji Al-Quran bersama dengan ibunya Alahyarhamah Hajjah Siti Nornaimah Binti Haji Syed Aqil, kami sekeluarga amat rapat memang laksana adik beradik kandung...namun ada yang jauh lebih sayang kepada alhyarham..
Sedang dalam perjalanan saya mendapat berita anak bapa saudara (PJS2 Taman Medan Petaling) pun meninggal, alahyarham Mohd Johari Bin Zainal (32thn)...
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar, mereka selamat disemadikan. Saya melihat dengan penuh insaf. Al-Fatihah. 

Merasai kesedihan atas kehilangan mereka yang disayangi...namun mereka pergi kepada pemilik mereka yang hakiki dan yang jauh lebih menyayangi mereka..
Mereka bukan hak kita..mereka malah kita adalah kepunyaan dan hak Pencipta sekalian alam, Allah SWT.


"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)."
(Az-Zumar ~ 30)


Sahabat...kita mohon kepada Allah SWT agar mengekalkan iman dan aqidah kita kepada Isam.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." 
(Ali Imran ~ 102)




~ Yang baik itu semua dari Allah SWT ~

Khamis, 6 Disember 2012

Agar DiCintai Nabi







Kisah 1 :


Seorang sahabat bernama Tsauban sangat kasih dan cinta kepada Nabi saw.  Beliau selalu berdamping dengan Nabi saw.  Pada suatu malam, Tsauban tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan dirinya yang tidak dapat terus bersama Nabi s.a.w.

Beliau berbisik kepada dirinya : "Ketika di dunia aku terpaksa berpisah dengan Rasulullah saw lebih-lebih lagi di malam hari, bagaimana pula di akhirat nanti?  Kalau aku di syura, Rasulullah s.a.w sudah tentu di tingkat yang paling istimewa dan aku di tingkat yang lain.  Dan jika aku di neraka sudah tentu aku tidak bertemu langsung Rasulullah s.a.w."

Kerana mengingatkan hal demikianlah yang menyebabkan beliau tidak dapat tidur sepanjang malam. Pada keeesokkan hari menjelang subuh, beliau ke masjid untuk melaksanakan solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Rasulullah s.a.w.  Sesudah solat seperti biasa Baginda s.a.w akan menghadap ke arah para sahabat.  Tiba-tiba Baginda terpandang wajah Tsauban yang kedua-dua biji matanya merah.  Baginda pun memanggil Tsauban ke hadapan.

Rasulullah s.a.w bertanya : "Adakah kamu sakit wahai Tsauban?" Tsauban menjawab : "Tidak wahai Rasulullah".  Rasulullah bertanya lagi : "Kenapa kedua-dua matamu merah?" Tsauban pun menceritakan apa yang telah berlaku semalam.  Ketika tu Rasulullah sa.w diam tidak berkata apa-apa kerana syurga bukanlah milik Baginda. Dalam keadaan begitu, Baginda tidak dapat memberi jawapan yang pasti.  Maka pada ketika itu turunah wahyu yang menjawab mengenai persoalan tersebut :

Allah berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 69 yang bermaksud :
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh.  Dan amatlah eloknya mereka itu menjdi teman dan rakan (kepada orang-orang yang taat itu)."

Kemudian Baginda s.a.w bersabda yang dirawiyatkan oleh Anas r.a. yang bermaksud :
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintai aku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga."





Kisah 2 :

Imam Malik sangat menghormati Rasulullah s.a.w.  Meskipun Baginda s.a.w sudah wafat, namun Imam Maik tetap menghormati Baginda s.a.w sehingga beliau tidak mahu menunggang kuda di dalam kota Madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang ditungganginya menginjak-injak tanak yang di dalamnya jasad mulia Rasulullah s.a.w.

Diceritakan bahawa Imam Malik mempunyai beberapa ekor kuda yang cantik, pemberian beberapa orang hartawan kepada beliau sebagai hadiah.  Oleh kerana orang ramai melihat kuda-kuda beliau itu hanya tertambat di kandang rumahnya sahaja dan melihat Imam Malik pula selalu berjalan kaki ketika ke masjid kerana mengajar dan bersolat, maka mereka tidak pernah melihat beliau menunggang kuda sehingga ada orang yang bertanya pada Imam Malik,
  "Kenapa Tuan Guru tidak pernah menunggang kuda dan hanya menyimpannya sahaja"
   Imam Malik menjawab : "Apakah aku tidak malu kepada Allah SWT jika aku menginjak kaki kudaku ke
   atas bumi yang di dalamnya ada tertanam jasad Rasulullah s.a.w?"

Meskipun pada ketika usia beliau telah lanjut dan badannya telah lemah serta sakit-sakit, Imam Malik masih juga tidak mahu menunggang kudanya untuk pergi bersolat di masjid atau untuk menziarah sahabat dan saudara maranya.  Beliau lebih suka suka berjalan kakii demi hormatnya beliau kepada Nabi s.a.w.





sumber : artikel dari majalah Gen Q - Isu 02


Selasa, 4 Disember 2012

Kek Pertunangan ~ Red Velvet Cake




                       




Tempaha dari Pn Suzliza Seksyen  24 Shah Alam


untuk lihat lebih banyak gambar klik sini



Terimakasih