Memaparkan catatan dengan label Hak Pencipta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hak Pencipta. Papar semua catatan

Ahad, 22 September 2013

Sekiranya ...




22.09....
Tarikh ini sentiasa dalam ingatan
antara tarikh yang terpahat indah

tarikh ni dah anak-anak set dalam handphone
tarikh yang untuk diingati
"bezday pakcu"

sekiranya...
masih ada

sekiranya...
ia tak mungkin...
yang pasti  hanya membilang
penambahan nombor...
usia 
usianya pada setiap tahun
sehingga
aku jua akhirnya 'kembali' 





dalam ingatan
sewaktu berusia 8 bulan
telah kembali kerahmatullah pada usia 32thn
hari ini usianya 34thn
ADIKKU







~ rindu sangat ~


Isnin, 18 Februari 2013

Masih Ada...





Abah….
Enam tahun yang lalu….
Di  pagi-pagi begini abah sedang disiapkan….
Bersiap untuk dikembalikan kepada yang HAQ…

Abah….
Abah terus bersemadi aman di pusara…
Namun abah sentiasa bertamu di mata…
Masih beraja di hati…
Masih ada...




Pusara mengamit rindu
Al- Fatihah







~ rinduku panjang tidak bernoktah ~





Sabtu, 15 Disember 2012

Hak Pencipta...




gambar ambilan google


Assalammualaikum wrt. wbt..

Saya telah berkata pada hati kecil ni...dah buat blog, mengapa dibiar berlama-lamaan dan janji pula pada diri...tulislah sesuatu walau seminggu sekali. Itu monolog sendirian.

Sebenarnya memang saya tak mampu hendak berkongsi bicara hari-hari.  Saya pasti itu pasti tidak mungkin. Untuk seminggu sekali pun saya dah cuba usaha masih tidak dapat disiplinkan diri.  Jadinya saya buat apa yang mampu saya buat...

Sebut perihal mampu atau keupayaan...sebagai manusia kita mempunyai kemampuan namun tidak sehebat sang Pencipta.  Kita berkeupayaan namun tidak setanding keupayaan Sang Pencipta.  Kita ada kuasa namun   kuasa mutlak hanya hak Sang Pencipta.  Siapalah kita...kita berada dalam genggaman Sang Pencipta, Allah SWT.

"Maha Suci Allah yang ditanganNya segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu" 
(Al-Mulk ~ 1)


Allah SWT menyuruh hambanya berusaha, berdoa dan bertawakal kerana ia membantu dan kemungkinan dapat merubah qada' yang tertulis buat kita sebelum qadar Allah SWT. 

"...Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."  
(Ali-Imran ~ 159)


"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu..." 
(Al-Baqaarah ~ 186)


“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
(Ar-Ra’du:11)


Namun untuk satu perkara, tidak mungkin dapat kita ubah dan Allah SWT tidak mempercepat atau melambatkannya....MATI

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." 
(Al-Ankabut ~ 57)


"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan"  
(Al-Waaqi'ah ~ 60)


MATI itu pasti, rahsia Allah tidak kita ketahui..

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."                                                                                                                         
(Luqman ~ 34)






gambar ambilan google


Sahabat..pembaca budiman,
Jumaat minggu lepas, 7hb Disember 2012...saya menghadiri, ziarah keluarga saya meninggal...
Selepas solat Jumaat saya dan keluarga bertolak ke Puchong untuk menziarahi dan sertai pengembumian alahyarham Mohd Fatullah Razak Bin Mohd Nazeri (42thn), terasa sangat sedih di hati saya...seperti menerima kematian arwah adik saya tempoh hari (alahyarham Haji Ahmad Azizul Bin Haji Mahmood)...sememangnya mereka sangat rapat, saya sendiri bersama alahyarham mengaji Al-Quran bersama dengan ibunya Alahyarhamah Hajjah Siti Nornaimah Binti Haji Syed Aqil, kami sekeluarga amat rapat memang laksana adik beradik kandung...namun ada yang jauh lebih sayang kepada alhyarham..
Sedang dalam perjalanan saya mendapat berita anak bapa saudara (PJS2 Taman Medan Petaling) pun meninggal, alahyarham Mohd Johari Bin Zainal (32thn)...
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar, mereka selamat disemadikan. Saya melihat dengan penuh insaf. Al-Fatihah. 

Merasai kesedihan atas kehilangan mereka yang disayangi...namun mereka pergi kepada pemilik mereka yang hakiki dan yang jauh lebih menyayangi mereka..
Mereka bukan hak kita..mereka malah kita adalah kepunyaan dan hak Pencipta sekalian alam, Allah SWT.


"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)."
(Az-Zumar ~ 30)


Sahabat...kita mohon kepada Allah SWT agar mengekalkan iman dan aqidah kita kepada Isam.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." 
(Ali Imran ~ 102)




~ Yang baik itu semua dari Allah SWT ~

Rabu, 21 November 2012

Anak-Anak Jadi Sasaran Israel Laknatullah....Mengapa??







Ya..Israel Laknatullah tahu!!!
Anak-anak Palestin adalah pelapis Mujahid-Mujahiddah
yang citia-cita tertingginya adalah SYAHID.


Jiwa-jiwa itu akan membesar
dengan tarbiyyah Al-Quran dan As-Sunnah..
Penuh Iman dan Taqwa


Mereka tanpa takut...
memperjuangkan Islam dan mempertahankan tanahair
Mereka tanpa gerun...
malah melapangkan dada untukditembusi peluru
dan bersedia pada bila-bila masa untuk mengakhiri nafas 
dengan ucapan 
kalimah tauhid Lailahaillallah...


Lantaran itu...
Israel Laknatullah
dengan penuh kebinatangan ...kesyaitanan 
tegar membunuh anak kecil itu!


Namun Percayalah...
Allah Yang Menghidupkan...
Allah Yang Mematikan...
Allah Yang Menghidupkan Kembali..


Wangian Syurga Semerbak Mewangi
Di Bumi Palestin!!








Khamis, 5 Mei 2011

Inilah Kehidupan...


Asalammualaikum wrt. wbt.

Lama tidak menjengah laman ini.
Kesibukkan dengan rutin harian dan tambahan pemberian dari Allah SWT pada detik yang tidak kita ketahui membuatkan saya pasrah.


14 Mac 2011
Cuti sekolah bermula. Puteri semua dipandangan mata.
* Nur A'isyah puteri kedua bercuti panjang selama 1 bulan atas permintaannya dan seperti yang telah saya janjikan. Cuti sempena kejayaannya menghafaz ayat suci Al-Quran dan sudah bergelar Al- Hafizah. Saya mohon cuti setelah A'isyah khatam pada bulan disember 2010 tetapi pihak Maahad hanya benarkan setelah selesai ulangan 30 Juzuk.

Alhamdullilah sebelum cuti sekolah ini bukan sahaja ulangan, A'isyah sudah mulai pengajian Syahadah dengan bacaan 6 juzuk


* Nur Masyitah puteri sulong dah mulai STAM awal tahun...inilah yang saya aturkan....
Saya mahu dia menduduki STAM dari menerima apa-apa tawaran di IPTA @ IPTS.
Sebagai ibubapa sudah tentu saya mahukan puteri-puteri saya mendapat pendidikan ke tingkat yang tertinggi bagi menyuluh kehidupan di dunia dan akhirat. Saya menyakini bahawa kain yang putih adalah tanggungjawab kita untuk mewarnainya dan mengekalkan kesuciannya agar tidak kelam dan seterusnya menjadi kain buruk.


10 April 2011
Shah Alam ke Sabak Bernam - Sabak Bernam ke Shah Alam
Cuti panjang A'isyah dah ke penghujung. Menghantarnya pulang ke madrasah... seharian di atas jalan raya.


17 April 2011
A'isyah diserang lelah.

Ke Sabak Bernam lagi......tujuan utama nak hantar mesin nebulizer.
Selepas perjalanan melepasi Kuala Selangor....teringatkan mesin nebulizer tu!!
Ya Allah.....mesin tertinggal di rumah!
Inilah tanda-tanda besar saya dah tua....pelupa yang amat-amat!
Alhamdulilah saya dah belikan pil lelahnya...Jadinya ziarah ajelah...
Syukur.... lelah A'isyah dan beransur pulih.














21 April 2011
Sekitar jam 5.30ptg.

saya mendapat khabaran dari adik Liza...
khabaran yang amat memilukan jiwa...
khabaran yang membangkitkan rasa...
amat terasa
sebak tiada terucap kata... saya kehilangan!

aduhai...adikku
tika jauh di mata
tika takdapat bicara
tika tanpa keluarga
oh...sukarnya menyata pada bonda
dirimu menjejak ayahanda di pusara

aduhai...adikku rintih akakmu takkan sudah
hakikat ini tak dapat diubah
sesungguhnya ia aturan dari Allah
yang tinggal harus terus melangkah
terus tabah jua pasrah




22 April 2011
jam 12.30tgh malam
setelah sekeluarga menanti penuh hiba...
jenazah tiba dari Indonesia
sekujur jasad kaku...tanpa dapat bersuara untuk menyata
hati ini menjerit...
dada benar menyesak..
bonda...
oh...terpapar penuh tabah...
hatinya Tuhan saja yang tahu...
diri ini...
bertahan...lihat bonda...
kujamah pipimu aduhai adik..dalam gelora kutahan tabah
kukucup dahimu buat terakhir
pertemuan ini akan bernoktah
selamanya rindu tak sudah
selamanya buatmu Al-Fatihah.

"kakngah pasrah...akan selalu hadir di sisimu....
semoga Allah mengampunkan segala dosa dan menerima segala amalmu serta ditempatkan ke tempat orang-orang yang beramal soleh."

Al-Fatihah buat adinda yang tersayang Ahmad Azizul Bin Haji Mahmood.