Ummul Mu'minin Kedua
Setelah Ummul Mu'minin yang pertama, Siti Khadijah r.a wafat, hidup Rasulullah s.a.w kekosongan. Rasulullah s.a.w sepanjang masanya memikul berat tangungjawab dakwah dan jihad di dalam penyeruannya kepada Allah SWT. Musuh-musuhnya berada di sekeliling pinggang. Bukan sahaja dari kaumnya malah dari keluarganya sendiri. Para sahabat baginda s.a.w merasa kasihan melihat keadaannya. Mereka melihat di wajah Rasulullah s.a.w masih bersedih dengan kewafatan Siti Khadijah r.a. Mereka merasakan Rasulullah mesti berkahwin lagi agar tiada lagi kesedihan dan dapat berkongsi segala permasalahan dan urusan dakwahnya. Namun tiada seorang pun berani membuka mulut menganjurkan tentang perkahwinan kepada Rasulullah.
Demikianlah, baginda terus menanggung semua penderitaan hidup sendirian hinggalah akhirnya datang Khulah binti Hakim membuka pintu hati baginda yang tertutup. Khaulah bertelempuh di hadapan Rasulullah s.a.w dengan lemah lembut dan penuh belas kasihan. Dia telah menimbulkan perasaan Rasulullah s.a.w terhadap Siti Khadijah dan dengan pintar dan penuh bijaksana Khaulah mencadangkan agar baginda mencari pengganti dan berkahwin lagi.
Mendengarkan itu Rasulullah s.a.w merenung hiba seolah-olah dia sedang bertafakur mengingatkan segala peristiwa lama yang berlalu dalam hayatnya...
....bermula dengan membawa dagangan Siti Khadijah ke Syam. Sekembali dari Syam membuat laporan kepadanya. Akhirnya Rasulullah menerima pinangan dan berkahwin dengannya. Siti Khadijah telah membuka rumah dan hatinya, mencintai dan merubah hidupnya. Melahirkan baginya putera dan puteri, memelihara penuh kasih sayang.
.....teringat peristiwa ia menggeletar didatangi Jibril membawa wahyu daripada Allah SWT, Siti Khadijah r.a metenteramkannya. Mengenang di hari kewafatannya, hari pengembumiannya....dan kini Rasulullah sendirian kekosongan jiwa...
Tunduk mengimbau semua peristiwa...tiba-tiba Rasulullah mengangkat kepalanya dan bertanya kepada Khaulah dengan tegas :
"Dan siapa lagi sesudah Khadijah?"
Khaulah telah bersedia dengan jawapan, " Aisyah" katanya. "Dia bukankah puteri temanmu yang paling akrab?"
Rasulullah s.aw mengenali Aisyah seorang gadis yang lemah lembut, sentiasa girang, cantik dan pintar. Puteri kepada Abu Bakar yang telah berkorban untuk perjuangan baginda. Namun Aisyah terlalu kecil untuk berkahwin.
Khaulah memahami apa yang difikirkan Rasulullah s.a.w lantas mencadangkan untuk meminang Aisyah, tunggu dia setelah besar sedikit dan cukup masanya kemudian berkahwin. Sementara itu Khaulah mencadangkan Rasulullah s.a.w menikahi Saudah binti Zam'ah dahulu supaya dia boleh menjaga urusan rumahtangga dan memelihara puteri-puteri baginda yang memerlukan ibu dan kasih sayang.
Cadangan Khaulah dipersetujui Rasulullah s.a.w lalu dibenarkannya untuk meminang Saudah untuknya.
Tweet

Tiada ulasan:
Catat Ulasan