Anas bin Malik berkata, ketika kami duduk bersama Nabi SAW, Baginda bersabda :"Akan muncul kepada kalian seorang lelaki penghuni syurga", lalu muncul seorang laki-laki Ansar yang janggutnya masih bertitisan air sisa wuduk,sambil menggantungkan selipar di tangan kirinya.
Esok harinya Nabi SAW bersabda seperti itu juga, lalu muncul laki-laki itu lagi seperti yang pertama, dan pada hari ketiga Nabi SAW bersabda seperti itu juga dan muncul lelaki itu kembali seperti keadaaan dia yang pertama. Ketika Nabi SAW berdiri, Abdullah bin Amru bin al-Ash mengikuti lelaki itu dengan berkata: "Kawan, sebenarnya saya bertengkar dengan ayahku dan bersumpah untuk tidak menemuinya selama tiga hari, jika boleh, izinkan saya tinggal di tempatmu hingga tiga malam. "Tentu." jawab lelaki tersebut.
Anas bin Malik berkata, Abdullah bercerita: "Aku tinggal bersama lelaki tersebut itu selama tiga malam, tidak pernah aku melihatnya mengerjakan solat malam, dia hanya bangun dari tempat tidurnya, berzikir kepada ALLAH dan bertadbir sehinggalah dia mendirikan solat fajar, selain itu juga saya tidak pernah mendengar dia berkata kecuali yang baik-baik sahaja.
Berlalulah tiga malam dan saya menganggap amalannya biasa, saya berkata : "Wahai kawan sebenarnya antara saya dan ayahku sama sekali tidak aa pergaduhan, akan tetapi saya mendengar Rasulullah SAW bersabda mengenaimu tiga kali :"Akan muncul pada kalian seorang lelaki penghuni syurga." Lalu kamulah muncul tiga kali, maka saya ingin tinggal bersamamu agar dapat melihat apa sahaja yang kamu kerjakan hingga saya dapat mengikutinya, namun saya tidak pernah melihatmu mengerjakan amalan yang banyak, lalu amalan apa yang membuat Rasulullah SAW sampai mengatakan engkau ahli syurga?"
Lelaki itu menjawab: "Tidak ada amalan yang saya kerjakan melainkan seperti apa yang telah kamu lihat", maka tatkala aku berpaling, lelaki itu memanggilku dan berkata: "Saya tidak pernah rasa ingin menipu terhadap siapa pun dari kaum Muslimin, dan saya juga tidak pernah merasa iri hati kepada seseorang akan kebaikkan yang dikurniakan Allah kepada dia." Maka Abdullah berkata: "Inilah amalan yang menjadikanmu sampai pada darjat yang tidak boleh kami lakukan."
(Sumber dari akhbar Sinar Harian)
Islam itu indah, Islam itu mudah...mudahnya masuk ke syurga...
Tweet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan