Kisah 1 :
Seorang sahabat bernama Tsauban sangat kasih dan cinta kepada Nabi saw. Beliau selalu berdamping dengan Nabi saw. Pada suatu malam, Tsauban tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan dirinya yang tidak dapat terus bersama Nabi s.a.w.
Beliau berbisik kepada dirinya : "Ketika di dunia aku terpaksa berpisah dengan Rasulullah saw lebih-lebih lagi di malam hari, bagaimana pula di akhirat nanti? Kalau aku di syura, Rasulullah s.a.w sudah tentu di tingkat yang paling istimewa dan aku di tingkat yang lain. Dan jika aku di neraka sudah tentu aku tidak bertemu langsung Rasulullah s.a.w."
Kerana mengingatkan hal demikianlah yang menyebabkan beliau tidak dapat tidur sepanjang malam. Pada keeesokkan hari menjelang subuh, beliau ke masjid untuk melaksanakan solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Rasulullah s.a.w. Sesudah solat seperti biasa Baginda s.a.w akan menghadap ke arah para sahabat. Tiba-tiba Baginda terpandang wajah Tsauban yang kedua-dua biji matanya merah. Baginda pun memanggil Tsauban ke hadapan.
Rasulullah s.a.w bertanya : "Adakah kamu sakit wahai Tsauban?" Tsauban menjawab : "Tidak wahai Rasulullah". Rasulullah bertanya lagi : "Kenapa kedua-dua matamu merah?" Tsauban pun menceritakan apa yang telah berlaku semalam. Ketika tu Rasulullah sa.w diam tidak berkata apa-apa kerana syurga bukanlah milik Baginda. Dalam keadaan begitu, Baginda tidak dapat memberi jawapan yang pasti. Maka pada ketika itu turunah wahyu yang menjawab mengenai persoalan tersebut :
Allah berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 69 yang bermaksud :
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjdi teman dan rakan (kepada orang-orang yang taat itu)."
Kemudian Baginda s.a.w bersabda yang dirawiyatkan oleh Anas r.a. yang bermaksud :
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintai aku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga."
Kisah 2 :
Imam Malik sangat menghormati Rasulullah s.a.w. Meskipun Baginda s.a.w sudah wafat, namun Imam Maik tetap menghormati Baginda s.a.w sehingga beliau tidak mahu menunggang kuda di dalam kota Madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang ditungganginya menginjak-injak tanak yang di dalamnya jasad mulia Rasulullah s.a.w.
Diceritakan bahawa Imam Malik mempunyai beberapa ekor kuda yang cantik, pemberian beberapa orang hartawan kepada beliau sebagai hadiah. Oleh kerana orang ramai melihat kuda-kuda beliau itu hanya tertambat di kandang rumahnya sahaja dan melihat Imam Malik pula selalu berjalan kaki ketika ke masjid kerana mengajar dan bersolat, maka mereka tidak pernah melihat beliau menunggang kuda sehingga ada orang yang bertanya pada Imam Malik,
"Kenapa Tuan Guru tidak pernah menunggang kuda dan hanya menyimpannya sahaja"
Imam Malik menjawab : "Apakah aku tidak malu kepada Allah SWT jika aku menginjak kaki kudaku ke
atas bumi yang di dalamnya ada tertanam jasad Rasulullah s.a.w?"
Meskipun pada ketika usia beliau telah lanjut dan badannya telah lemah serta sakit-sakit, Imam Malik masih juga tidak mahu menunggang kudanya untuk pergi bersolat di masjid atau untuk menziarah sahabat dan saudara maranya. Beliau lebih suka suka berjalan kakii demi hormatnya beliau kepada Nabi s.a.w.

sumber : artikel dari majalah Gen Q - Isu 02
salam ziarah di pagi hari
BalasPadamgood sharing... moga kita mencari cinta hakiki..
w'salam..
Padamterima kasih citarasa rinduan...
ya..jangan kita terpedaya cinta dunia yang indah mepersona namun ia muslihat dan alat perdaya..
Salam kunjungan bertinta...
BalasPadamyg baik sama dikonsi, yg buruk sama dibenci...
have a nice day semua...
w'salam...
Padamhidup ini perkongsian..yang baik buat amalan yang buruk buat teladan...
terima kasih,kunjungan amat dihargai...jemputlah singgah lagi..