Selasa, 17 Januari 2012

anggerik...oh orkid...oh suamiku...


(1)




memilih orkid di malam hari...
(di pameran jualan orkid, tasik Shah Alam)




(2)


dah ada orkid bergantungan di rumah...





tengok...memakir orkid di salah kawasan





kat tengah laman pun ada...





mana pula akan di letakkan orkid-orkid ni...




(3)










sebahagian orkid di taman sekolahnya...




(4)


AJK Kelab Orkid SMK Seksyen 16...muridnya




(5)

orkid di sudut meja kerjanya...




(6)

hari ini...17 Januari

hari ulangtahunnya.

istimewa buat suami yang tercinta..

- merasai dan dirasai-

melihatmu.. penuh erti,
kasih bagai langit tak bertepi
rindu tak terucap tiada boleh dibukti
sedih bersama tangisi
suka bersama dirai
jauh dari menyakiti
segala rasa sama dikecapi
bersama tidak sendiri.

melihatmu...bukan bermimpi,
penuh dalam sedar diri
mengingatkan itu dan ini
kekhilafan santun diteguri
keaiban rahsia merahsiai
tulus maaf memaafi
saling lengkap melengkapi.

melihatmu...melihat Ilahi,
agama dihalusi
ilmu terus dicari
cita-cita disatui
kehidupan diindahi
matlamat dikejari
hanya keredahaan Allah yang dicari!

semoga menjadi insan yang soleh
suamiku...kaulah teman sejati



12 ulasan:

  1. Suka, sayang & kasihkan bunga, ok le tu...

    Sampaikan ucapan Selamat Harijadi buat Abg. Ngah - Semoga dikurniakan kesihatan & kesejahteraan ibarat bunga2 orkid yg kembang, segar & pelbagai warnanya.

    Kepercayaan, kebersamaan, saling menerima & memberi itu adalah salah satu hadiah terbaik daripada seorang isteri kepada suami.

    Semoga berbahagia & ceria seisi keluarga!

    BalasPadam
    Balasan
    1. terimakasih za...
      bersyukur sangat Allah anugerahi banyak nikmat dan amat rasai tiada cacat cela pemberian yang Maha Esa. Alhamdulillah..

      Padam
  2. subhanallah! baru ini sy tau ada 'kumbang' yg sgt2 suka kpd bunga, kak... selamat diberkati hidup utk beliau...amin3!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin ya rabbala'lamin..
      'kumbang' yang satu ni suka kat orkid je..
      terima kasih ayu.

      Padam
  3. Assalamualikum kak ros...
    Masih ingat lagi kat saya...jumpa kat sini pulak yee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummusalam ain..
      masih teringat....
      jiran adik akak kat PP tu..
      terimakasih datang ke halaman akak ya..

      Padam
  4. Salam,
    Kali pertama singgah ! LF suka pokok2 ni ! Salam LF kepada abangnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummusalam Dato,
      Pokok orkid ni diminati lelaki. Kelab orkid Shah Alam dinaungi kaum lelaki semuanya.

      InsayaAllah saya sampaikan salam pada suami saya.
      Terimakasih singgah sini.

      Padam
  5. Salam Kak Ros.
    Saya nak minta maaf, sebab sebelum ini, saya sangka KAK ROS ni adalah KAK ROS yang blogger lagi satu tu. Sebab tu la saya dok sebut Kak Rose ni blog masak-masak. Saya silap, memang saya silap.

    Maaf ya. Sori berlori...

    Seronok dan besar sungguh rasa hati saya dapat jumpa Kak Ros!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummusalam Azie..
      emm..takde apa-apa kesalahan cuma keliru je..
      banyak sangat ros..
      akak ni pun hari2 memasak...

      akak pun amat gembira dapat jumpa Azie...mesra sangat.

      Padam
  6. cantiknya....umah saya ehmmm....rumput ada le hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. atie...
      orkid yg cantik tu kat taman sekolah suami akak..
      akak tak minat (belum minat) kat orkid... yang ada beberapa pasu tu en abang akak yg punya!

      Padam