Selasa, 11 Jun 2013

Kuatnya Iman





     Kedengaran pancuran air di bilik mandi, tidak lama kemudian kelihatan seorang pemuda bersiap-siap menyahut panggilan azan Subuh. Usai berpakaian dan berwuduk berjalanlah dia menuju rumah Allah SWT.
    
 Tiba-tiba dia terjatuh sehingga pakaiannya comot.  Lantas dia bangkit dan kembali semula ke rumahnya.  Selepas menukarkan baju dan berwuduk lagi, lalu meneruskan perjalanan ke masjid.

     Malang tidak berbau, di kembali jatuh di tempat yang sama.  Cepat-cepat dia bangkitdan kembali ke rumah demi menukar pakaian yang lain.  Dia mengambil air wuduk yang baru buat kali kedua.
    
     Setengah perjalanan menuju ke masjid, dia bertemu dengan seorang lelaki tua memegang lampu.  Pemuda itu menegur orang tua itu.   Si tua itu memulakan bicara, "saya lihat kamu sudah dua kali jatuh ketika menuju masjid dan kerana itu saya membawakan lampu supaya dapat menerangi perjalanan kamu."

     Pemuda itu terkejut dan dengan segaris senyuman dia mengucapkan terimakasih atas keprihatinan si tua itu.  Sampailah mereka berdua di masjid, pemuda itu mengajak si tua untuk bersolat bersamanya.  Lelaki tua itu menolak, namun si pemuda itu mengajak lagi buat kali kedua,si tua tetap memberikan jawapan yang sama.

     Akhirnya orang tua itu mengaku dia adalah syaitan yang direjam.  Sungguh terkejut pemuda itu.  Syaitan kemudian menjelaskan, "Aku melihat kamu berjalan ke masjid, akulah yang membuat kamu terjatuh.  Ketika kamu pulang ke rumah membersihkan badan dan kembali ke masjid, tanpa kamu ketahui ALLAH SWT telah memaafkan semua dosamu.

     "Tanpa berputus asa aku membuatmu jatuh kedua kalinya dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu memutuskan untuk kembali ke masjid. Dan kerana itu ALLAH SWT telah memaafkan dosa-dosa seluruh ahli keluargamu.  Aku tidak meneruskan perbuatanku kerana khuatir ALLAH SWT akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk kampungmu.  Jadi kerana itulah aku perlu memastikan kamu sampai di masjid dengan selamatnya," ucap si iblis lagi.




sumber : dari akhbar Sinar Harian


5 ulasan:

  1. sikap pemuda itu harus kita contohi
    syaitan itu sentiasa meracun akal fikiran kita

    follow sini..ke 59..jemput singgah ke blog Yumida & follow me back :)
    http://umikasum.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalammualaikum Yumida..
      ya, perbuatan pemuda yg istiqamah bukan sahaja mendapat ganjaran untuk diri sendiri malah memberi manfaat kepada ahli keluarga seterusnya masyarakat yang lain...

      syaitan tidak pernah penat dan putus asa untuk memperdaya manusia hingga menjadi sebahagian isi neraka..

      terimakasih singgah dan meninggalkan jejak di laman ini..sila berkunjung lagi..

      Padam
  2. merah menyala blog ni.. amal follow sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. merah tu ceria..
      tkasih singgah ke laman ini..

      Padam
  3. follow sini

    sabghina.blogspot.com

    BalasPadam