Variasi Resepi




Di kesempatan ini saya titipkan resepi yang selalu berasap di dapur saya yang semestinya kegemaran seisi keluarga saya. Mudahan-mudahan ia membantu menjadi menu anda di meja di kala buntu fikirkan apa hendak di masak hari ini.....

Pertama sekali saya menyeru semua isteri, ibu dan semua penyedia makanan hendaklah jujur agar makanan yang dimasak hendaklah bersumberkan yang halal. Kalaupun ada tanda halal pastikan ia sahih halal dari sudut syarie.  Memang rumit pencarian yang halal tetapi ia penting untuk memastikan darah daging seluruh yang memakan masakan kita tidak tercemar dan menjadi sebahagian bahan bakar api neraka jahanam....

Bagi diri saya soal pemakanan adalah sesuatu yang tidak boleh diambil mudah dan saya amat tidak bertolak ansur dalam soal halal dan haram.
Saya amat yakin sekiranya kita sentiasa mencari keredhaan Allah semua perkara tidak sukar malah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.  InsayaAllah.






Karemal





Bahan-Bahan

A.
7 sudu  gula - jadikan gula hangus

Letakkan loyang saiz 9inci di atas dapur. Masukkan gula 7 sudu tersebut dan panaskan dengan api yang sederhana. Setelah cair dan kelihatan keemasan, tutup api dan ketepikan. (Jangan biarkan terlalu lama nanti hangit dan mengubah rasa karemal).


B.
6 sudu gula
14 biji telor 
1 tin susu pekat manis (505g)
2 tin air (guna tin susu tadi)

Cara-cara :
1. Panaskan kukus.
2 .Masukkan gula dan telor ke dalam sebuah mangkuk / besen dan kacau guna pemukul sampai rata.
3. Masukkan susu pekat dan pukul rata.
4. Akhirnya masukkan air dan pukul rata.
5. Kecilkan api kukus. Letakkan loyang yang ada gula hangus (A) tadi. Tuangkan adunan bahan B ke dalam loyang perlahan-lahan. Tutup kukus dan buka api besar semula. Kukus sehingga 1/2jam atau sehingga masak.

6. Setelah sejuk masukkan ke dalam peti sejuk. Ikut sejuk yang disuka kemudian keluarkan dan terbalikkan loyang dalam bekas yang berbibir tingggi.

* Kalau nak gula hangus lebih banyak, hanguskan lebih gula.
* Boleh juga kurangkan sukatan, (gunakan kecil). Saya buat sukatan ni sebab nak karemal yang besar dan tebal.
* Karemal ini boleh dihidangkan bersama ais krim dan di hias buah-buahan di atasnya.





**********



Pizza Ros


Sebelum


selepas masak


Bahan-bahan

10 keping  roti - carik-carikkan kecil
5 biji telor
1biji bawang besar - belah 4 dan hiris nipis
1 biji buah tomato - belah dua dan hiris nipis
1 biji kentang - hiris halus seperti parutan keju
1/2 biji cili bengala warna hijau - potong dadu
1/2 biji cili bengala warna merah - potong dadu
5 biji fish ball - hiris bulat-bulat (boleh juga guna ayam yang di dadu kecil & telah direbus)
1 cawan air 
1 cawan minyak masak 
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan serbuk lada sulah
sos cili yang secukupnya
mayonis yang secukupnya
sedikit majerin
loyang saiz 10"x10" (boleh guna apa jua yang sesuai)

Cara-cara:
01.  sapukan majerin di sekeling loyang.
02.  carik-carikkan roti dan susun padat dalam loyang.
03.  taburkan bahan-bahan yang dihiris satu persatu di atas permukaan roti 
04.  masukkan telur + garam ke dalam mesin pengisar - kisar kembang (2minit)
05.  kemudian masukkan minyak - kisar rata, seterusnya masukkan secawan air kisar rata.
06.  tuangkan bahan yang dikisar di atas roti permukaan roti - tuang biar rata dan menyeluruh ke roti.
07.  taburkan lada sulah secara menyeluruh 
08.  paipkan sos serata permukaan roti.
09.  paipkan mayonis  .
10.  bakar dalam oven dengan suhu 160 selama 30 minit atau sehingga masak
       (roti kekuningan di sekeling loyang)

Nota :  bahan-bahan boleh ikut kegemaran, saya pun kadang-kadang ikut apa aje yang ada di dapur.

sejarah pizza ros
keluarga saya tidak pernah mengambil makanan segera Mc, KFC, Pizza.
sewaktu anak sulung pandai bertanya apa itu apa ini saya mempelbagaikan masakan.
dari sekeping ke sekeping lebihan roti yang saya simpan akhirnya terciptalah pizza ros ini.
bila ada kes keraguan pada roti, saya tidak mengambil roti di pasaran lebih 5tahun sehingga ada roti keluaran muslim Al-Ikhwan, Kusen dan akhirnya saya buat sendiri
masa dulu saya tak letak keju (tak yakin)..sekarang kalau ada stok keju (T'jaCheez - sumber sayuran) saya letak tapi kalau tak ada buat yang macam di atas je.
isteimewa saya telah memperkenalkan resepi ni dalam kelas masak ahli usrah saya.
kalau bulan puasa ni buat hidangan berbuka, suami saya tak ambil nasi - makan pizza ros je.
sehingga ke hari ini walaupun saya buat pizza seperti di gambar di bawah, anak-anak saya masih kata pizza ros lagi sedap. cubalah...


Ini gambar pizzza yang saya buat memenangi tempat ke-2
 (keseluruhan termasuk kuih bangkit, kalau roti kira no 1 lah)
sewaktu kursus pembuatan roti di kolej komuniti










**********










Asam Pedas Ayam




Bahan-Bahan

01.  1 ekor ayam  - potong ikut suka
02.  4 cawan cili kering sudah dikisar
03.  2 biji bawang besar *
04.  4 ulas bawang putih *   kisar bersama
05.  1/2 inci halia *
06.  8 tangkai daun kari
07.  1 inci belacan 
08.  3 keping asam gelugur
09.  1-2 batang bunga kantan - belah 2 dan hiris halus
10.  6 batang bendi
11.  1 batang lobak merah
12.  2 biji buah tomato
13.  1 cawan minyak masak
14.  garam secukup rasa

Cara-cara
1.  panaskan minyak dan masukkan cili kisar, belacandan daun kari  tumiskan hingga cili garing
2.  masukkan bahan yang *dikisar bersama. Tumis hingga pecah minyak.
3.  masukkan ayam dan reneh sehingga empuk.
4.  masukkan garam, asam keping, bunga kantan dan lobak. 2 minit kemudian masukkan bendi .
5.  bila bendi empuk tutup api dan masukkan tomato.

Nota :  Asam pedas ini pekat, sekiranya ingin berkuah banyak boleh tambah air ikut keperluan anda.
alkisah - saya memang kalau buat asam pedas pakai daun kari sebab pokok kari saya merimbun.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan