Isnin, 14 November 2011

Wanita : betulkah tindakan, tepatkah keputusan....











Assalammualaikum wrt.wbt..
Lama tak bertandang ke laman ini. Kesibukkan....inilah lumrah kehidupan. Kerja rumah tak berpenghujung...ada ruang sikit ambil untuk rehatkan diri. Dah tua-tua ni cepat penat dan dah tua-tua ni nak mengadap laptop amatlah malas...

Walau ada dibenak nak mengupas isu semasa namun memikirkan perlu memperuntukan sejumlah masa maka hasrat hanya tertanam di dalam kepala dan berkata-kata di hati.

Di kesempatan yang ini saya rasa ingin luahkan ketidakpuasan hati saya. Sungguh! Sungguh... jauh di sudut hati saya amat terkilan dan bila dikongsi cerita nada suara saya kedengaran benar marah .

Saya terbaca di akhbar Sinar Harian berkenaan program "Solehah". Program berbentuk pertandingan, ada yang disingkirkan dan akan ada pemenangnya. Secara jujur saya tak tahu lebih lanjut melainkan yang ditulis di dada akhbar tersebut. Apa-apa program dan apa-apa cerita di tv saya tak tahu apa-apa melainkan yang saya baca di akhbar dan diceritakan oleh adik dan sahabat. Kenapa....kerana di rumah saya tidak ada tv.

Berbalik kepada bacaan saya mengenai program Solehah...yang menjadi rungutan hati perempuan saya pada pengisian program tu...menyusun kasut oleh peserta solehah di masjid ketika solat zohor!

3 perkara tu cukup buat darah saya mendidih....


1. menyusun kasut
tidak adakah lain pekerjaan atau acara yang boleh dibuat oleh pihak penerbitan/penganjur yang lebih manis dan mengangkat darjat wanita?

2. di masjid
sesuaikah wanita (yang sudah didandan rapi kelihatan amat manis) berserakan/menebeng di masjid di tangga masjid menyusun kasut di kala muslimin sibuk masuk ke masjid?

3. waktu zohor
tepatkah tindakan berada di luar masjid sedang ketika itu muslimin dan muslimat sepatutnya bersedia di ruang solat?

Saya rasa amat kecewa dengan penampilan wanita menyusun kasut. Tidak adakah kebaikan lain yang boleh ditonjolkan untuk menunjukkan budi pekerti dan tepatnya akhlak muslim. Berserakkan di masjid apalagi di laluan utama para muslimin amat tidak sedap mata memandang atau paling tepat tidak berakhlak. Ketika orang sibuk memasuki masjid untuk bersolat dayusnya kita membiarkan anak-anak perempuan kita menyusun kasut yang kesemua kepunyaan kaum muslimin.

Mengapa dibiar wanita ini ditonton hanya kerana matlamat yang pihak penganjur/penerbitan ingin ketengahkan. Tidak ada idea lagikah sehingga menyusun kasut dimasukkan sebagai sebahagian pengisian yang perlu dilalui peserta Solehah.

Tidak cukupkah dengan lambakan program, iklan dan rancangan tv yang membiarkan wanita tidak menutup aurat dan pergaulan yang tidak syarie.....?

Saya fikir seharusnya pihak penerbitan/penganjur memperincikan solehah dari sudut syarie agar dapat membuat orang buka mata dan meletakkan wanita di kedudukannya...namun kelemahan yang sedikit ini menggugat jiwa keperempuanan dan keibuan saya.

Saya fikir juga kalau peserta solehah dah setuju dengan apa jua arahan dan peraturan apalagi yang nak mereka kisahkan. Namun terfikirkah oleh mereka bahawa mereka menjadi petunjuk kepada wanita di luar kaca tv yang benar-benar mendambakan gelaran SOLEHAH dari Allah swt. .... wajarkah muslimat terpacak di luar masjid sedang di dalam masjid ruang solat wanita pun diasingkan....betulkah tindakan....tepatkah keputusan

Pasti ada yang kata kenapa saya mempertikaikan program solehah tidak akademi fantasia dan entah apa-apa lagi program....

Sudah pastilah saya membebel-bebel kerana ini program keislaman yang seharusnya mencerminkan islam....saya sangat cemburu anak-anak perempuan menebeng-nebeng (bersidai-sidai/menayang muka) kat luar nak pulak orang sibuk bersiap untuk solat yang mereka terkial-kial menyusun kasut.... pihak penerbitan/penganjur nak tengok adakah lelaki kuat iman dengan peserta solehah.... apa? tak marah ke..! patut angkat darjat muslimat bukan menjadi alat atau penyukat keimanan orang lelaki!!

Saya menyeru diri saya, anak-anak perempuan saya, anak-anak perempuan adik dan suadara mara saya, sahabat dan anak-anak perempuan mereka, pembaca dan semua yang dilahirkan sebagai wanita....angkat dan letakkanlah diri anda dikedudukan yang paling tinggi disisi Allah SWT. Jangan kita terpedaya dengan apa-apa program dan jangan sesekali kita menjadi alat yang akhirnya menjadi kemurkaan Allah SWT.



'Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada yang haram). Demikian itu lebih suci (lebih baik) bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuaNYA tentang apa yang mereka kerjakan (melalui penglihatan dan kemaluan mereka)'
Surah An-Nur : 30


'Dan katakanlah kepada wanita wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka yang memiliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman agar kamu berjaya.'
Surah An-Nur : 31


Saya kongsikan bacaan yang membuka minda dan menyedarkan kita wanita disini.... satuhala.blogspot.com laman yang sering saya kunjungi.

Seterusnya janganlah ada diantara kita bercita-cita melainkan hanya untuk mendapat redha Allah SWT.

Yang baik itu dari Allah SWT yang lemah itu diri saya sendiri.
Maaf Zahir dan Batin.






2 ulasan:

  1. Ya, wanita bukan alat untuk menyukat tahap keimanan lelaki walaupun ramai lelaki yg tersungkur di kaki wanita.

    Banyak lagi kaedah lain.

    BalasPadam
  2. Liza...terlalu banyak perkara wanita menjadi perkakas hiasan dan dimanipulasi dalam setiap matlamat.

    Apalagi yang boleh kita perkata melainkan wanita sendiri yang mengangkat dan meletakkan diri di kedudukkan yang paling dihormati dan diredhai.

    BalasPadam