Khamis, 5 Mei 2011

Inilah Kehidupan...


Asalammualaikum wrt. wbt.

Lama tidak menjengah laman ini.
Kesibukkan dengan rutin harian dan tambahan pemberian dari Allah SWT pada detik yang tidak kita ketahui membuatkan saya pasrah.


14 Mac 2011
Cuti sekolah bermula. Puteri semua dipandangan mata.
* Nur A'isyah puteri kedua bercuti panjang selama 1 bulan atas permintaannya dan seperti yang telah saya janjikan. Cuti sempena kejayaannya menghafaz ayat suci Al-Quran dan sudah bergelar Al- Hafizah. Saya mohon cuti setelah A'isyah khatam pada bulan disember 2010 tetapi pihak Maahad hanya benarkan setelah selesai ulangan 30 Juzuk.

Alhamdullilah sebelum cuti sekolah ini bukan sahaja ulangan, A'isyah sudah mulai pengajian Syahadah dengan bacaan 6 juzuk


* Nur Masyitah puteri sulong dah mulai STAM awal tahun...inilah yang saya aturkan....
Saya mahu dia menduduki STAM dari menerima apa-apa tawaran di IPTA @ IPTS.
Sebagai ibubapa sudah tentu saya mahukan puteri-puteri saya mendapat pendidikan ke tingkat yang tertinggi bagi menyuluh kehidupan di dunia dan akhirat. Saya menyakini bahawa kain yang putih adalah tanggungjawab kita untuk mewarnainya dan mengekalkan kesuciannya agar tidak kelam dan seterusnya menjadi kain buruk.


10 April 2011
Shah Alam ke Sabak Bernam - Sabak Bernam ke Shah Alam
Cuti panjang A'isyah dah ke penghujung. Menghantarnya pulang ke madrasah... seharian di atas jalan raya.


17 April 2011
A'isyah diserang lelah.

Ke Sabak Bernam lagi......tujuan utama nak hantar mesin nebulizer.
Selepas perjalanan melepasi Kuala Selangor....teringatkan mesin nebulizer tu!!
Ya Allah.....mesin tertinggal di rumah!
Inilah tanda-tanda besar saya dah tua....pelupa yang amat-amat!
Alhamdulilah saya dah belikan pil lelahnya...Jadinya ziarah ajelah...
Syukur.... lelah A'isyah dan beransur pulih.














21 April 2011
Sekitar jam 5.30ptg.

saya mendapat khabaran dari adik Liza...
khabaran yang amat memilukan jiwa...
khabaran yang membangkitkan rasa...
amat terasa
sebak tiada terucap kata... saya kehilangan!

aduhai...adikku
tika jauh di mata
tika takdapat bicara
tika tanpa keluarga
oh...sukarnya menyata pada bonda
dirimu menjejak ayahanda di pusara

aduhai...adikku rintih akakmu takkan sudah
hakikat ini tak dapat diubah
sesungguhnya ia aturan dari Allah
yang tinggal harus terus melangkah
terus tabah jua pasrah




22 April 2011
jam 12.30tgh malam
setelah sekeluarga menanti penuh hiba...
jenazah tiba dari Indonesia
sekujur jasad kaku...tanpa dapat bersuara untuk menyata
hati ini menjerit...
dada benar menyesak..
bonda...
oh...terpapar penuh tabah...
hatinya Tuhan saja yang tahu...
diri ini...
bertahan...lihat bonda...
kujamah pipimu aduhai adik..dalam gelora kutahan tabah
kukucup dahimu buat terakhir
pertemuan ini akan bernoktah
selamanya rindu tak sudah
selamanya buatmu Al-Fatihah.

"kakngah pasrah...akan selalu hadir di sisimu....
semoga Allah mengampunkan segala dosa dan menerima segala amalmu serta ditempatkan ke tempat orang-orang yang beramal soleh."

Al-Fatihah buat adinda yang tersayang Ahmad Azizul Bin Haji Mahmood.







6 ulasan:

  1. as'salam...salam takziah dari fee sekuaga...semoga Roh nya dicucuri rahmat dan di tempat kan di sisi org2 yg beriman...insyaALLAH...

    BalasPadam
  2. W'salam wrt. wbt.
    amin...terimakasih fee.

    BalasPadam
  3. Assalamualikum kak ros... saya mendoakan adik kak ros di tempatkan di kalangan org yang beriman...Amin.
    saya juga pernah kehilangan abg sulong saya..dan hanya Allah yg tahu akan rasa itu kan kak... salam ukhwah kak ros.. semoga kite bertemu dan berpisah kerana Allah,.. by the way kak,,log akak sgt menarik hati saya

    BalasPadam
  4. W'salam wrt.wbt.
    amin...moga Allah SWT makbulkan doa itu.
    ya...rasa ini tidak terucap...dari DIA dan kembali pada DIA...
    terimaksih nora.

    BalasPadam
  5. Si Kecil yang berbadan besar daripada Abang & Kakak-kakanya telahpun pergi...

    Si Bongsu yang sepatutnya insan terakhir meninggalkan kami telahpun pergi tidak kembali...

    Yang tinggal hanyalah memori yang terpahat kejap di sanubari...

    Wahai hati, bersabarlah...
    Aduhai jiwa, tenanglah...
    Yang telah pergi tidak akan kembali lagi.

    BalasPadam
  6. Za...
    bagai tak percaya...tapi kita benar-benar kehilangan...yang tinggal hanya kenangan...

    InsyaAllah...akan ia ditempatkan Allah SWT ke tempat orang-orang yang beramal soleh. Amin.

    BalasPadam