Rabu, 17 Ogos 2011

Selasa, 2 Ogos 2011

Sudah hari yang kedua...









Assalammualaikum wrt.wbt.

Kepada semua muslimin dan muslimat.
Begitu cepat masa berlalu, hari ini telah 2hb Ramadhan.
Berbahagialah kita kerana Allah pertemukan sekali lagi Ramadhan.
Untuk semua diucapkan selamat melayari Ramadhan dengan penuh kesyukuran...berpeluang kita menghimpun ribuan pahala dan melupus ribuan dosa.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita, InsyaAllah.








Khamis, 28 Julai 2011

Bicara Cinta






Assalammualaikum wrt. wbt.

Lama sungguh tidak bersenang-senang di laman ini.
Alasan....biar sepi tanpa berita namun di hati ingat jua...

Bicara ini saya dedikasikan buat suami tercinta yang sedang kemaruk cinta...

Tiba-tiba saya dapat tahu suami telah jatuh cinta...punya cinta baru...

Mengajar sessi petang tapi pagi-pagi telah keluar kerana cintanya yang satu ini...

Kekadang ke luar kawasan membawa sama cinta barunya itu...duduk sebelah menyebelah...

Dalam kamera saya penuh dengan gambar cinta baru suami saya...

Saya naik angin tapi kerana matlamat menjadi muslimah yang solehah, sabar je...

Anak-anak pun bising, abah asyik...asyik...

Yang tak tahan tu suami saya dah bawa balik ke rumah....

Kat Kampung adik beradik semua dah tahu siap sokong lagi....

Adik ipar saya kat Manjung kata suaminya pun dah terikut-ikut....

Kata adik ipar saya lagi, suaminya pun dah bawa balik ke rumah dah....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah wajah cinta baru suami saya tu...namanya orkid

Aduhai...











Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru






cahaya yang menerangi kegelapan




Ucapan Terima kasih dan Penghargaan
kepada semua guru-guru yang memberikan didikan, asuhan dan pengetahuan kepada saya
Ustaz dan Ustazah Muqadam & Al-Quran
Sekolah Rendah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur
Kerjaya Metropolitan, Kuala Lumpur
Institut Pengajian Al-Ikhwan, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Naqib dan Naqibah



Istimewa
Buat suamiku seorang guru



Jua
Buat abang ipar, kakak ipar, adik ipar dan birasku seorang guru


Terima kasih dan Penghargaan
Buat semua guru, Ustaz dan Ustazah kepada puteri-puteri saya
Tadika Pasti Az-Zahra Seksyen 18 Shah Alam (Nur Masyitah)
Tadika Pasti Ar-Raudah Seksyen 24, Shah Alam (Nur A’isyah & Nur Hanani Musfirah
Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam (semua puteriku)
Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sg. Besar, Selangor (Masyitah)
Sekolah Agama Menengah Tinggi Ampuan Jemaah, Shah Alam. (Masyitah)
Madrasah Muhamadiyah Pancang Bedena, Sg. Besar, Selangor (A’isyah)
Madrasah Al-Quran Lil Banat Seksyen 13 D’Kayangan (A’isyah & Hanani)
Maahad Tahfiz Ummul Qura, Sg Air Tawar, Sabak Bernam (A’isyah)
Sekolah Agama Al-Falah Integrasi, Taman Sri Muda, Shah Alam (Hanani)
Sekolah Rendah Taman Sri Muda, Shah Alam (Hanani)



Terima kasih dan Penghargaan
Ustaz pembimbing Allahyarham adinda Ahmad Azizul
Baitu Qura, Melaka
Darul Atiq, Kuala Kubu
Madrasah Padang Temu, Melaka
Darul Islah, Sabak Bernam
Madrasah An-Nadzir, Batam indonersia



Untukmu
Semua saudara mara sahabat blogger dan pembaca yang bergelar guru



Jasamu Dikenang
Al-Fatihah kepada semua guru yang telah kembali kerahmatullah.
Pelitamu tak pernah padam bahkan semakin menerang…..




Terimakasih
CIKGU…USTAZ…USTAZAH



Selamat Hari Guru
Tahniah…Kerjayamu yang amat mulia... 
Ganjaran Allah SWT sebaik-baik balasan buatmu.