Jumaat, 30 Disember 2011

apa yg penting.... kerjasama






Pada suatu hari...
Sewaktu cuaca mendung...
Di hujung siang...petanglah kiranya...
Setelah membancuh kopi o...

saya 'menerim' daun yg merimbun dek hujan setiap hari...
tengoklah tu....bersepah....sepah...







emmm... dah beres, yang bersepah dah dikemasi oleh
suamiku yang amat rajin berkebun.





sebelah pagi....kami ke Sg Besar... ada urusan kecil...
lepastu...en. abang ajak tengok orkid...singgahlah kedai bunga....
tapi, tak de pulak yang berkenan...eleh..eleh...
dia suruh saya pilih bunga gantung..
kira ni projek baru en abang la...






pecaya tak..?
rumput di laman ni.... en. abang sayang yang trim.....
guna gunting je....
dah tak payah upah en. bagladesh..
jimatlah RM15.00 dua minggu...
sebulan =RM30.00
(rumput tu kami tanam...ambil masa untuk ia melata)






inilah guntingnya...

Ini gunting yang kedua kali beli...
yg no. 1 dah tumpul...asah-asah tak mahu tajam...
dah tak boleh mengunting...






o..o...
tu ha...
di sebalik pokok...
di sebalik pasu...
itulah en. abang sayang saya...
suamiku tercinta.
(gambar ni gelap....dah lewat petang baru ingat nak snap gambar)

.

masa ni puteri-puteri kami tak ada...
sorang kat kelantan...dua orang kat rumah adik saya....
kami berdua je kat rumah...


waktu saya mengambil gambar tu...sudah mulai gerimis
namun saya puashati....kami dapat bekerjasama...
borak sama-sama...
gelak sama-sama...
kenyit mata sama-sama...
ceria!





Selasa, 20 Disember 2011

saya dapat...



Assalammualaikum wrt. wbt.
Banyak aktiviti bulan ni.
Saya ceritakan satu di sini...
4 hb Disember 2011....
Penat...

Gementar.
17hb Disember 2011...
Gembira...
Seronok sangat....
Dapat...emmmm


...Hadiah


1..



hadiah ni....
saya punya...gembira dalam hati..






2.


Hadiah ni....
saya dapat dua lagi... terasa gembira









jadinya....saya dapat 3 kotak hadiah....ya, saya gembira!


Apa Hadiahnya Tu...


Oh.. ya....
Syukur Alhamdulillah...


inilah....semua pun tahu namanya...



bertambahlah pengadun di rumah saya..
tak pe...saya simpan sebagai stok...
lepas ni...boleh buka kelas mengadun.




Lagi ?
Dapat Apa....






syukur alhamdulillah...bila dibuka bungkusan tu...inilah dia..




Hadiah ini...
susah sikit ni...
hadiah ni bukan saya punya sorang
kena kongsi dua (2) orang...
macam mana...
macam-macam mana...kena bagi sama rata...
nak buat macam mana...
tak kisah buat macam-macam mana...janji sama-sama dapat...
alamak..!nantilah fikir...







inilah kesemua hadiahnya....



Eh..Eh..
Kenapa ya dapat hadiah tu...
Sebab...



sebab saya buat kek...
dalam pertandingan buat kek & hiasan

dan...





saya memasak...
dalam pertandingan masak berpasangan


di
Pertandingan Bakat Niaga
Anjuran Kolej Komuniti Shah Alam





cerita hadiah yang dikongsi tu macammana...

emmm...saya beri pada pasangan memasak saya, adik saya...Pn Liza
Pn Liza kena selidik harga...lepas tu dengan kira-kira bahagi 2 = duit cash beri pada saya..
Adilkan...



P/s : Bila saya ada lebih masa nanti...saya muat naik foto-foto aktiviti saya di halaman Variasi Kehidupan...nantilah...sekarang ni sibuk jahit baju sekolah anak...








Jumaat, 9 Disember 2011

Bandaraya Anggerik



Assalammualaikum wrt. wbt.


Shah Alam



Jalanraya jam...
Cuaca mendung...
Cerah sekali sekala...








Setiap hari....




H U J A N
ini anugerah Allah SWT






Isnin, 14 November 2011

Wanita : betulkah tindakan, tepatkah keputusan....











Assalammualaikum wrt.wbt..
Lama tak bertandang ke laman ini. Kesibukkan....inilah lumrah kehidupan. Kerja rumah tak berpenghujung...ada ruang sikit ambil untuk rehatkan diri. Dah tua-tua ni cepat penat dan dah tua-tua ni nak mengadap laptop amatlah malas...

Walau ada dibenak nak mengupas isu semasa namun memikirkan perlu memperuntukan sejumlah masa maka hasrat hanya tertanam di dalam kepala dan berkata-kata di hati.

Di kesempatan yang ini saya rasa ingin luahkan ketidakpuasan hati saya. Sungguh! Sungguh... jauh di sudut hati saya amat terkilan dan bila dikongsi cerita nada suara saya kedengaran benar marah .

Saya terbaca di akhbar Sinar Harian berkenaan program "Solehah". Program berbentuk pertandingan, ada yang disingkirkan dan akan ada pemenangnya. Secara jujur saya tak tahu lebih lanjut melainkan yang ditulis di dada akhbar tersebut. Apa-apa program dan apa-apa cerita di tv saya tak tahu apa-apa melainkan yang saya baca di akhbar dan diceritakan oleh adik dan sahabat. Kenapa....kerana di rumah saya tidak ada tv.

Berbalik kepada bacaan saya mengenai program Solehah...yang menjadi rungutan hati perempuan saya pada pengisian program tu...menyusun kasut oleh peserta solehah di masjid ketika solat zohor!

3 perkara tu cukup buat darah saya mendidih....


1. menyusun kasut
tidak adakah lain pekerjaan atau acara yang boleh dibuat oleh pihak penerbitan/penganjur yang lebih manis dan mengangkat darjat wanita?

2. di masjid
sesuaikah wanita (yang sudah didandan rapi kelihatan amat manis) berserakan/menebeng di masjid di tangga masjid menyusun kasut di kala muslimin sibuk masuk ke masjid?

3. waktu zohor
tepatkah tindakan berada di luar masjid sedang ketika itu muslimin dan muslimat sepatutnya bersedia di ruang solat?

Saya rasa amat kecewa dengan penampilan wanita menyusun kasut. Tidak adakah kebaikan lain yang boleh ditonjolkan untuk menunjukkan budi pekerti dan tepatnya akhlak muslim. Berserakkan di masjid apalagi di laluan utama para muslimin amat tidak sedap mata memandang atau paling tepat tidak berakhlak. Ketika orang sibuk memasuki masjid untuk bersolat dayusnya kita membiarkan anak-anak perempuan kita menyusun kasut yang kesemua kepunyaan kaum muslimin.

Mengapa dibiar wanita ini ditonton hanya kerana matlamat yang pihak penganjur/penerbitan ingin ketengahkan. Tidak ada idea lagikah sehingga menyusun kasut dimasukkan sebagai sebahagian pengisian yang perlu dilalui peserta Solehah.

Tidak cukupkah dengan lambakan program, iklan dan rancangan tv yang membiarkan wanita tidak menutup aurat dan pergaulan yang tidak syarie.....?

Saya fikir seharusnya pihak penerbitan/penganjur memperincikan solehah dari sudut syarie agar dapat membuat orang buka mata dan meletakkan wanita di kedudukannya...namun kelemahan yang sedikit ini menggugat jiwa keperempuanan dan keibuan saya.

Saya fikir juga kalau peserta solehah dah setuju dengan apa jua arahan dan peraturan apalagi yang nak mereka kisahkan. Namun terfikirkah oleh mereka bahawa mereka menjadi petunjuk kepada wanita di luar kaca tv yang benar-benar mendambakan gelaran SOLEHAH dari Allah swt. .... wajarkah muslimat terpacak di luar masjid sedang di dalam masjid ruang solat wanita pun diasingkan....betulkah tindakan....tepatkah keputusan

Pasti ada yang kata kenapa saya mempertikaikan program solehah tidak akademi fantasia dan entah apa-apa lagi program....

Sudah pastilah saya membebel-bebel kerana ini program keislaman yang seharusnya mencerminkan islam....saya sangat cemburu anak-anak perempuan menebeng-nebeng (bersidai-sidai/menayang muka) kat luar nak pulak orang sibuk bersiap untuk solat yang mereka terkial-kial menyusun kasut.... pihak penerbitan/penganjur nak tengok adakah lelaki kuat iman dengan peserta solehah.... apa? tak marah ke..! patut angkat darjat muslimat bukan menjadi alat atau penyukat keimanan orang lelaki!!

Saya menyeru diri saya, anak-anak perempuan saya, anak-anak perempuan adik dan suadara mara saya, sahabat dan anak-anak perempuan mereka, pembaca dan semua yang dilahirkan sebagai wanita....angkat dan letakkanlah diri anda dikedudukan yang paling tinggi disisi Allah SWT. Jangan kita terpedaya dengan apa-apa program dan jangan sesekali kita menjadi alat yang akhirnya menjadi kemurkaan Allah SWT.



'Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada yang haram). Demikian itu lebih suci (lebih baik) bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuaNYA tentang apa yang mereka kerjakan (melalui penglihatan dan kemaluan mereka)'
Surah An-Nur : 30


'Dan katakanlah kepada wanita wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka yang memiliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman agar kamu berjaya.'
Surah An-Nur : 31


Saya kongsikan bacaan yang membuka minda dan menyedarkan kita wanita disini.... satuhala.blogspot.com laman yang sering saya kunjungi.

Seterusnya janganlah ada diantara kita bercita-cita melainkan hanya untuk mendapat redha Allah SWT.

Yang baik itu dari Allah SWT yang lemah itu diri saya sendiri.
Maaf Zahir dan Batin.






Isnin, 17 Oktober 2011

Raudhah Dihatiku


ammualaikum wrt wbt...

Assal
Lama tidak berkesempatan untuk membelek laman ini...banyak urusan yang perlu diperhati dan didahulukan. Waktu begitu pantas berlalu...kekadang terasa tidak kecukupan masa.

Ringkas di sini saya maklumkan satu program Hari Terbuka akan di adakan pada 21 Oktober dan 22 Oktober 2011 di Masjid Al-Falah USJ 9. Untuk makluman dan keterangan lebih lanjut sila ke www.masjidalfalah.com

InsyaAllah saya akan membuka gerai menjual produk Rosvariasi dari Al-Ukhuwah Resources.



Jemputlah bersama bagi memeriahkan lag iprogram.