Assalammualaikum wrt wbt..
Keadaan saya begini
ke sana ke sini
ada sahaja halnya...
.
.
.
.
21 Jan 2011
menghadiri khenduri di rumah adik ipar

jalan sesak...hampir ke Kuala Selangor

terhincut-hincut semua kereta bak siput kepenatan...

ini keadaannya dah kira laju...

polis terafik ada di mana-mana...
tapi tak boleh buat apa...jalan tetap jam

dalam kesesakan...rintik-rintik hujan mulai jatuh ke bumi

Hujan lebat menambah warna perjalanan

sampai ke daerah ini...tiada hujan...aturan Ilahi..
destinasi saya sekeluarga ke Seri Manjung.
lewat petang bertolak pulang ke Shah Alam
sepanjang jalan arah ke Perak sesak...
perjalanan kami agak lancar
sampai semula ke Shah Alam lewat malam
sempat buat kek sebiji..
**********
22 Januari 2012
jadual ambil puteri kedua di Madrasahnya
.
.
.
.

lepas solat...sempat hias ala kadar

selepas suami balik dari masjid...kami keluar rumah
suasana subuh...Shah Alam hujan lebat

memasuki Kerinchi Link...hujan agak reda
detinasi....Gombak

arah balik ke Shah Alam...
pemandangan di pagi hari yang mendung di lebuhraya NKVE

hujan mulai...dan seterusnya lebat hingga ke Shah Alam
puteri saya A'isyah tidak sihat
batuk dan sedikit lelah
**********
22 Januari 2012
jam sudah melangkau 11 pagi
jadualnya jam 10 pagi
kami tiba lewat walau tempat sepelaung
sarapan pagi Blogger di No. 38, Jalan 25/45, Taman Sri Muda
rumah adinda akuzle ayu
antara menu
teruja sampai lupa..

maaf...ini pic cilok, azieazah punya
suasana ceria melatari petemuan

terjemahkan perasaan kami...

kita kongsi bersama kegembiraan itu...

bersama memandang serinya bulan....
sambil jari lentik menari makyong

makan jagung acara terpaksa...

eemm...semua makanan sedap...
hikmah sibongsu demam...
dapat jumpa kakcik
mudah-mudahan silaturrahim dan ukhuwah dirahmati Allah SWT.
.
.
.
.
Jadual Petang - Khenduri Sahabat tak dapat hadiri
puteri kedua A'isyah lelah dan demam kuat
suami pula naik darah tingginya
...malamnya bawa puteri ke PPUM
**********
23 Januari 2012
seharian di rumah...
puteri dan suami saya tak sihat
cuba lihat
.
.
.

bacaan tekanan darah suami tersayang...!
**********
24 Januari 2012
rindu...

pusara ayahanda tersayang

pusara adinda tersayang
