Khamis, 28 Julai 2011

Bicara Cinta






Assalammualaikum wrt. wbt.

Lama sungguh tidak bersenang-senang di laman ini.
Alasan....biar sepi tanpa berita namun di hati ingat jua...

Bicara ini saya dedikasikan buat suami tercinta yang sedang kemaruk cinta...

Tiba-tiba saya dapat tahu suami telah jatuh cinta...punya cinta baru...

Mengajar sessi petang tapi pagi-pagi telah keluar kerana cintanya yang satu ini...

Kekadang ke luar kawasan membawa sama cinta barunya itu...duduk sebelah menyebelah...

Dalam kamera saya penuh dengan gambar cinta baru suami saya...

Saya naik angin tapi kerana matlamat menjadi muslimah yang solehah, sabar je...

Anak-anak pun bising, abah asyik...asyik...

Yang tak tahan tu suami saya dah bawa balik ke rumah....

Kat Kampung adik beradik semua dah tahu siap sokong lagi....

Adik ipar saya kat Manjung kata suaminya pun dah terikut-ikut....

Kata adik ipar saya lagi, suaminya pun dah bawa balik ke rumah dah....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah wajah cinta baru suami saya tu...namanya orkid

Aduhai...